Anwar: Tiada alternatif ganti Akta Hasutan demi pelihara keharmonian kaum
PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih belum mempunyai undang-undang alternatif yang sesuai bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 untuk memelihara keharmonian kaum dan agama, meskipun terdapat pelbagai pandangan dan bantahan terhadap akta berkenaan.
"Banyak pandangan mengenai masalah Akta 15, termasuk saya.
“Namun, kita tidak ada penyelesaian ganti untuk menjernihkan hubungan antara kaum," katanya ketika menjawab soalan tambahan S Kesavan (PH-Sungai Siput) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat hari ini.
Kesavan meminta penjelasan sama ada terdapat jurang perundangan yang memerlukan campur tangan lebih menyeluruh, mengambil kira jumlah kes pendakwaan yang lebih rendah berbanding laporan polis.
/file/attachments/orphans/pn13_690712.jpg)
Anwar dalam jawapannya mengakui wujud persepsi bahawa penghinaan terhadap Islam diambil tindakan, manakala serangan terhadap agama lain seolah-olah dibiarkan.
Katanya, bahawa bantahan atau pandangan boleh dikemukakan berhubung kes tertentu tanpa mengira perbezaan latar belakang, bagi memperkasa integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Ini saya setuju kerana ada persepsi 'kita izinkan penghinaan kepada agama lain, tetapi menghalang penghinaan terhadap Islam'. Memang ada dalam kalangan kita dengar Ahli Parlimen begitu.
"Kalau kita betul-betul jaga keharmonian, jangan izinkan penghinaan ke atas mana-mana agama. Baru boleh negara ini selamat.
"Namun, jika kita dalam semua hal, termasuk dari segi undang-undang, mahu ikut anutan agama dan kaum masing-masing, saya tidak fikir kita boleh jamin keselamatan dan keharmonian negara," katanya.
Dia turut menggesa supaya siasatan terhadap kes berkaitan keharmonian kaum dijalankan secara telus, selain memberi ruang kepada pihak berkaitan mengemukakan bantahan sekiranya berlaku sebarang ketidakadilan.
"Saya tidak ada permasalahan kerana proses kadang-kadang, saya setuju, mengambil terlalu banyak masa. Kalau tengok konteks di Negeri Sembilan, berapa banyak bentuk penghinaan kepada institusi diraja.
"Ini serius, selain banyak membangkitkan mengapa ia dikecualikan dan tiada tindakan tegas. Jadi kadang-kadang kita lihat dari segi polemik kepartian, politik atau kaum.
"Kalau kita sepakat, umpamanya menghalang, jangan ada penghinaan agama. Agama apa pun kerana tidak akan menjadi jernih dan ini bukan keputusan baru," katanya.
Anwar, merujuk kepada kebuntuan berpanjangan antara kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Ismail Lasim dan pemerintah negeri, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, yang membawa kepada pemecatan barisan exco negeri.
Pada Mac 2024, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata kabinet memberi lampu hijau kepadanya untuk memulakan proses meminda Akta Hasutan 1948.
Dia berkata matlamatnya adalah untuk membantu kerajaan membendung provokasi berkaitan isu 3R (kaum, agama, institusi diraja).
“Matlamatnya bukan untuk menjadikannya lebih menyekat, tetapi ke arah bagaimana kita boleh menggunakan (akta itu) supaya apa yang dipanggil fenomena 3R di luar sana dapat dikawal,” kata Saifuddin dalam satu episod audio siar “Keluar Sekejap”.
Pemansuhan Akta Hasutan merupakan antara perkara dalam senarai harapan pasukan sidang pengarang Malaysiakini, bersempena ulang tahun keempat pentadbiran Anwar.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/pn1_767869.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.