PKR turut umum tidak bertanding di Sarawak
PKR menjadi parti terbaru mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Dalam satu kenyataan malam tadi, parti itu berkata keputusan tidak menyertai pilihan raya berkenaan dibuat sebagai "tanda hormat" terhadap kerjasama dalam kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan, selain bagi memelihara kestabilan politik serta memperkukuh hubungan kerjasama antara Putrajaya dan Petra Jaya dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menerajui kerajaan negeri itu merupakan rakan utama dalam kerajaan Persekutuan. Sokongan GPS diperlukan bagi memastikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal, khususnya bagi menjamin kerajaan mempunyai sokongan mencukupi sekiranya BN menarik diri daripada kerajaan.
GPS juga berpotensi memainkan peranan sebagai penentu dalam pilihan raya umum akan datang, ketika gabungan PH pimpinan Anwar dijangka kehilangan banyak sokongan di Semenanjung berikutan persaingan sengit daripada BN dan PN.
Selain PKR, Amanah dan PN turut memutuskan untuk tidak bertanding di Sarawak, sekali gus menjadikan DAP satu-satunya parti dari Semenanjung yang akan bertanding di negeri itu.
PKR telah menyertai pilihan raya negeri Sarawak sejak 2001 dengan tahap kejayaan yang berbeza-beza.
Pencapaian terbaik parti itu ialah memenangi tiga kerusi DUN, masing-masing pada pilihan raya 2011 dan 2016.
Bagaimanapun, PKR tewas di semua kerusi yang ditandinginya pada PRN terakhir pada 2021, yang turut menyaksikan jumlah kerusi DAP merosot kepada hanya dua.
Sarawak akan mengadakan PRN pada 12 Disember ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada Sabtu ini.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/06/bc085ae12db61948f55c07859777c94a.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.