Wakil DAP soal PM benarkah kedudukan Melayu terancam, menteri jawab soalan tak ikut peraturan
Seorang ahli parlimen DAP meminta kerajaan supaya menjelaskan sama ada kedudukan istimewa orang Melayu benar-benar terancam, susulan dakwaan berterusan oleh beberapa pemimpin politik bahawa perkara itu berlaku.
Dalam soalan parlimennya, Pang Hok Liong (PH-Labis) turut bertanya mengapa naratif berkenaan terus dimainkan oleh pemimpin tertentu sekiranya dakwaan itu tidak berasas, serta apakah langkah kerajaan untuk menanganinya.
Menjawab soalan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah serta Sarawak, selain kepentingan sah kaum-kaum lain.
/file/attachments/orphans/p1_532340.png)
Beliau berkata sebarang pindaan terhadap peruntukan itu perlu mengikut mekanisme yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk mendapatkan persetujuan Majlis Raja-Raja.
Bagaimanapun, Azalina berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) menasihatkan Jabatan Perdana Menteri supaya tidak menjawab dakwaan bahawa kedudukan dan hak istimewa orang Melayu sedang terancam kerana ia tidak selaras dengan peraturan Dewan Rakyat.
"...berdasarkan input daripada Jabatan Peguam Negara (AGC), pertanyaan ini adalah tidak selaras dengan Peraturan Mesyuarat 23(1)(h) dan 23(1)(s) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kerana pertanyaan tersebut bersifat hendak mendapatkan buah fikiran, di samping menyentuh perkara yang terlalu umum," kata Azalina dalam jawapan bertulis bagi pihak perdana menteri.
Soalan Pang itu dikemukakan ketika naratif politik yang mendakwa orang Melayu sedang terancam semakin kerap digunakan oleh parti-parti berteraskan Melayu bagi meraih sokongan pengundi.
Lapor komen ini
/file/attachments/orphans/35345345_272120.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.