Wawasan, Bersatu tidak sertai PRN Sarawak, DAP bersendirian lawan GPS
Wawasan Negara dan Bersatu menyertai senarai parti dari Semenanjung yang memilih untuk tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak akan datang.
Pada 22 Nov, Premier Sarawak Abang Johari Openg menggesa parti dari Semenanjung supaya mempertimbangkan secara teliti keputusan mereka untuk bertanding pada PRN itu, sambil menegaskan semangat kerjasama yang mendasari kerajaan persekutuan wajar dihormati bagi mengekalkan kestabilan politik.
Kenyataannya dibuat ketika Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diterajuinya berpotensi muncul sebagai penentu kuasa pada pilihan raya umum akan datang.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/b5cbe2297f5f23dfd96999d31e059cef.jpg)
Bagi Perikatan Nasional (PN), sokongan GPS mampu menjadi faktor penentu kepada cita-cita politiknya untuk meraih majoriti dua pertiga di Parlimen dan kembali ke Putrajaya.
Naib Presiden Wawasan Wan Saiful Wan Jan hari ini mengumumkan parti itu tidak akan meletakkan sebarang calon pada pilihan raya berkenaan, lapor Bernama.
Bercakap pada sidang media di Parlimen, dia berkata Wawasan sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa parti politik tempatan Sarawak bagi menyatakan sokongan kepada mereka.
Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali turut mengumumkan hari ini bahawa parti itu tidak akan menyertai PRN tersebut.
Sebelum ini, PKR, Amanah, PAS dan BN juga mengumumkan keputusan masing-masing untuk tidak bertanding.
/file/attachments/888/b59c7932b82c4ff4c06ba134617f2e87_171308.jpg)
DAP kini menjadi satu-satunya parti berpangkalan di Semenanjung yang akan bertanding pada pilihan raya itu, dengan berdepan rakan sekutunya di peringkat persekutuan, GPS, di 12 kerusi.
Sarawak akan mengundi pada 12 Dis, dengan penamaan calon dijadualkan Sabtu ini manakala pengundian awal pada 8 Dis.
Lapor komen ini
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/f1d2c8e7c2e244e830a47405b9df66c7.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.