Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dua mesyuarat Puteri di Machang
Diterbitkan:  Oct 14, 2008 6:17 PM
Dikemaskini: 12:10 PM

Pergerakan Puteri Umno bahagian Machang diarahkan mengadakan semula mesyuarat bahagian dengan dikendalikan sepenuhnya oleh jawatankuasa pemilihan dan pemantau badan perhubungan Umno Kelantan.

Setiausaha Umno bahagian Machang, Abdul Aziz Hamzah berkata arahan pembatalan mesyuarat yang telah diadakan pada malam Khamis (9 Oktober) itu dibuat berikutan terdapat dua mesyuarat pergerakan Puteri Umno bahagian itu diadakan pada hari yang sama secara berasingan.

Satu mesyuarat yang menerima kelulusan Umno bahagian Machang dan diketuai oleh Noranizah Mohd Tahir dihadiri oleh 12 cawangan diadakan di Sekolah Kebangsaan Labok di Machang.

Selain itu, satu lagi mesyuarat Puteri Umno bahagian Machang yang diketuai oleh Shamsuriana Ismail diadakan di Sekolah Kebangsaan Machang Dua di Machang, katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Puteri Umno bahagian Machang mempunyai 42 cawangan, bagaimanapun hanya 34 yang layak menghadiri mesyuarat bahagian itu.

Dalam mesyuarat yang dikendalikan oleh Noranizah, beliau dipilih sebagai ketua Puteri Umno bahagian Machang yang baru bagi menggantikan penyandang Che Maziah Che Mat yang tidak mempertahankan jawatan.

Naib ketua puteri bahagian itu Norzitta Mohd Rawi yang menang tanpa bertanding untuk mengekalkan jawatan turut hadir pada mesyuarat tersebut.

Abdul Aziz berkata dengan pembatalan mesyuarat Puteri Bahagian itu, pencalonan yang dibuat oleh mesyuarat yang diketuai oleh Noranizah, iaitu yang mencalonkan ketua penerangan Puteri, Datuk Shahaniza Shamsuddin untuk jawatan ketua Puteri dan exco Puteri Nolee Asyilin Datuk Mohd Radzi sebagai naib ketua Puteri, tidak sah.

Abdul Aziz berkata keputusan mengenai mesyuarat yang diketuai Shamsuriana yang dikatakan diadakan tanpa mendapat restu bahagian Umno Machang masih belum diketahui.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS