Syed Hamid layak tanding naib presiden
Diterbitkan: Oct 26, 2008 4:30 PM | Dikemas kini: Oct 26, 2008 4:31 PM
4.30 pm Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid Albar merupakan calon kelima layak bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Umno Mac depan.
Beliau mendapat pencalonan ke-20 - pencalonan kelayakan minima untuk bertanding jawatan tersebut - dari bahagian Petaling Jaya Utara yang bermesyuarat hari ini.
Sebelum ini, empat calon telah layak bertanding jawatan tersebut.
Mereka ialah Datuk Hishammuddin Hussein, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Khaled Nordin dan Datuk Shafie Apdal
Hishammuddin mendahului dengan memperolehi 78 pencalonan, Zahid (53), Khaled (46) dan Shafie (43).
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.