Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ternakan babi di Batu Maung dihenti hujung tahun
Diterbitkan:  Nov 5, 2008 7:57 AM
Dikemaskini: 8:24 AM

Operasi lapan ladang ternakan babi di kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Batu Maung akan dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini.

"Ada lapan ladang dan kira-kira 800 ternakan yang terlibat. Operasi itu akan dihentikan sepenuhnya hujung tahun ini," kata Ketua Menteri, yang juga pengerusi PDC, Lim Guan Eng.

"Semua penternak akan diberi pampasan," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, demikian menurut Bernama.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan jumlah pampasan yang akan diterima setiap penternak.

Menurutnya, PDC akan mengambil semula tanah seluas 4.8 hektar yang dijadikan tapak kumbahan ternakan babi untuk dibangunkan sebagai kawasan perindustrian.

Lim berkata, kawasan milik PDC yang terletak di Batu Maung itu telah 16 tahun dijadikan tapak kumbahan bagi ternakan babi.

"Ia diberikan secara sah oleh PDC kepada penternak untuk dijadikan tapak kumbahan yang sistematik bagi ladang ternakan itu," katanya.

ADS