Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Munawar A Anees akan membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan supaya menyemak semula keputusannya tahun lalu untuk mengekalkan sabitan tuduhan liwat terhadapnya, yang diakwa membabitkan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

munawar anees 271108 Dalam sidang akhbar selama 15 minit di ibupejabat PKR pagi ini, bekas penulis ucapan Anwar itu berkata beliau telah dinasihatkan supaya membuat permohonan kepada Mahkamah Rayuan untuk membetulkan ketidak-keadilan terhadapnya sejak lebih satu dekad.

Pada 30 Oktober tahun lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengenepikan sabitan liwat terhadapnya yang dijatuhkan pada September 1998, atas alasan Munawar, yang telah berpindah ke Amerika, tidak dapat menghadiri perbicaraannya.

Keputusan tersebut kemudiannya dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Ketika dihubungi kemudiannya, peguamnya, Manjeet Singh Dhillon mengesahkan bahawa satu permohonan akan difailkan ke mahkamah rayuan untuk mengenepikan keputusan mahkamah itu.

munawar anees 271108 "Permohonan ini perlu dilakukan di bawah Mahkamah Rayuan kerana Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidangkuasa untuk mendengar rayuan," kata Manjeet.

Bulan lalu, panel Mahkamah Persekutuan - yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tan Sri Zaki Azmi, bersama hakim Datuk Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin - sebulat suara menolak permohonan Munawar supaya menghantar balik kesnya ke Mahkamah Tinggi.

Sepuluh tahun lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman enam bulan penjara ke atas Munawar selepas dia mengaku bersalah membenarkan Anwar meliwatnya di rumah bekas timbalan perdana menteri itu, di Jalan Setia Murni, Bukit Damansara pada bulan Mac 1993.

Baca berita penuh

ADS