Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang wanita M'sia hilang di Mumbai
Diterbitkan:  Nov 28, 2008 2:35 PM
Dikemaskini: 12:32 PM

Seorang wanita rakyat Malaysia yang berada di Mumbai atas urusan perniagaan masih hilang dikhuatiri terperangkap di hotel peniganapannya iaitu Taj Mahal Palace Hotel.

Wanita itu, dikenali sebagai Hema Kassipillay, 51, yang bekerja dengan syarikat insurans Jerman berpangkalan di Kuala Lumpur dipercayai ke Mumbai untuk urusan kerja bersama dua lagi rakannya iaitu rakyat Jerman.

"Semalam kami mencarinya di dua hospital dan hospital persendirian tetapi tidak menemuinya. Adalah sukar untuk pihak konsulat kerana kami tidak mempunyai akses kepada hotel itu pada masa ini," kata Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai Wan Zaidi Wan Abdullah kepada Bernama .

Lebih 30 orang dikhuatiri masih terperangkap dalam hotel mewah itu, bersama tiga pengganas, sejak serangan pengganas pada Rabu malam.

Pasukan keselamatan dijangka mengambil tindakan pada bila-bila masa hari ini untuk menumpaskan pengganas yang berlindung di dalam hotel itu.

Menurut kementerian dalam negeri India, 125 orang terbunuh manakala 327 cedera dalam keganasan di Mumbai sejak dua hari lepas. Enam daripadanya adalah rakyat asing.

Sementara itu, Kementerian Luar Malaysia menyediakan talian yang boleh dihubungi bagi orang ramai untuk memperoleh maklumat terkini mengenai keadaan di Mumbai.

Nombor-nombor di kementerian di Putrajaya:

Waktu pejabat:

Ayaub Bachi

Setiausaha Bahagian (Bahagian Konsular)

Tel: 03-88874643/4081

H/P: 019-2333465

Khuzaimah Supar

Ketua Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular)

Tel: 03-88874033

H/P: 019-2198428

Kathreen LE Saga

Penolong Setiausaha (Bahagian Konsular)

Tel: 03-8887 4530

H/P: 013-833 1797

Selepas waktu pejabat dari 5.30 petang hingga 7.30 malam, hujung minggu dan cuti umum:

Pegawai bertugas

Tel: 03-88892746/03-8887 4750

Nombor dihubungi di Mumbai, India (24 jam):

Wan Zaidi Wan Abdullah

Konsul Jeneral

Tel: 91 9920302506

Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai

No 4-B, 4th floor, Notan Plaza, Turner Road, Bandra (West)

Mumbai 400050, India

Tel: 91 22 2645 5751, 91 22 2645 5752

Faks: 91 22 2645 5750


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS