Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Khalid: Polis 'selamatkan' pengayuh bawah umur

Polis bertindak menahan kumpulan berbasikal "Rakyat Pengayuh Perubahan" bagi menghenti dan mengelak kanak-kanak daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

Katanya, mereka ditahan kerana menyertai perarakan haram dan kemudiannya bila disemak, didapati 28 daripada mereka berusia di bawah 18 tahun.

Khalid berkata, perkara itu jelas bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak kerana ada sesetengah daripada mereka baru berusia 15 tahun.

Menurutnya lagi, ketika memberi keterangan, "kanak-kanak tersebut memberitahu mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut."

"Bagi kanak-kanak tersebut, kami (polis) sebenarnya menyelamatkan mereka daripada dianiaya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita ditemui di balai polis Rawang malam tadi.

Khalid berkata, pihak polis juga telah menghubungi ibu bapa kesemua kanak-kanak dan remaja berkenaan, meminta mereka membawa pulang anak masing-masing.

jerit ride for change rawang police protest 161208 14 Polis juga, katanya, akan menyiasat sama ada kesemua mereka telah mendapat kebenaran ibu bapa masing-masing atau tidak, untuk menyertai perarakan tersebut.

Di samping 28 penunggang basikal di bawah umur itu, 29 orang lagi ditahan dan disiasat mengikut Akta Polis kerana menyertai perarakan haram dan mengikut Akta Kanak-kanak kerana menyalahgunakan kanak-kanak.

Antara yang ditahan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nie dari PKR dan ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dari Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Khalid juga memberitahu wartawan bahawa penunggang basikal di bawah umur itu keliru mengenai tujuan ekspedisi tersebut diadakan.

"Kita akan minta ibu bapa untuk membawa pulang kesemua anak-anak mereka," katanya.

Tiada permit

Khalid juga berkata, Gan tidak memohon sebarang permit untuk membenarkan kumpulan penunggang basikal itu untuk melalui Rawang.

Gan bagaimanapun memberitahu pemberita sebelum ini yang beliau telah mendapat persafahaman lisan dengan ketua polis Rawang berhubung perkara itu.

Khalid bagaimanapun berkata "tidak ada perkara seperti perjanjian lisan".

Sebaliknya, kata beliau, permit mesti secara bertulis dan beliau dimaklumkan oleh ketua polis Rawang bahawa tiada sebarang permohonan dibuat.

jerit ride for change rawang police protest 161208 12 Penunggang basikal itu ditahan di balai polis Rawang semalam dan diserahkan kepada ibubapa mereka hari ini.

Yang lainnya yang turut ditahan - termasuk Gan dan Jeyakumar -dibebaskan kira-kira jam 3 pagi tadi.

Mereka bagaimanapun terus berada di situ untuk menemani penunggang basikal bawah umur tersebut.

Kempen ekspedisi berbasikal ke seluruh negara itu dianjurkan oleh Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit).

Kumpulan tersebut telah sampai ke peringkat terakhir kayuhan mereka selama 16 hari ke seluruh negara.

Sepanjang tempoh tersebut, mereka berdepan dengan berbagai cabaran dan halangan termasuk ditahan serta beberapa basikal mereka telah dibakar.

Sementara itu, ibu bapa kumpulan pengayuh remaja yang tidak berpuas dengan tindakan polis semalam di Bangi akan membuat aduan di balai Kajang jam 6 petang ini.

ADS