Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
WCC pertikai k'jaan P. Pinang, Pemuda PAS isu I-Dance
Diterbitkan:  Dec 24, 2008 3:14 PM
Dikemaskini: 7:38 AM

Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang "sangat terganggu" kenyataan Pemuda PAS negeri yang menyifatkan program tarian jalanan I-Dance boleh mencetuskan masalah sosial.

Akibat beberapa siri demonstrasi anjuran dewan itu, exco belia dan sukan negeri Lydia Ong Kok Fooi mengarahkan peserta lelaki dan wanita Muslim diasingkan.

Pengarah eksekutif WCC Loh Cheng Kooi berkata NGO itu berasa "sedih" dengan perkembangan itu kerana tarian jalanan yang boleh menggalakkan interaksi generasi muda berbilang agama dan budaya kini diburuk-burukkan sebagai punca penyakit masyarakat.

WCC juga berasa kecewa dengan keputusan Pulau Pinang untuk memisahkan penonton berasaskan jantina dan agama semasa pertandingan tersebut semata-mata ingin melayan desakan Pemuda PAS.

Jumaat lepas, Pemuda PAS negeri mengadakan demonstrasi bagi kali kedua bagi membantah penganjuran tarian jalanan itu yang didakwanya boleh membawa kesan negatif kepada golongan muda, khususnya Muslim.

"Kita tidak menghalang kerajaan negeri untuk menganjurkannya tetapi syaratnya jangan libatkan remaja Islam.

"Kalau nak buat untuk bangsa dan agama lain, silakan," kata ketuanya Mohamed Hafiz Mohd Nordin selepas demonstrasi tersebut yang disertai lebih 400 orang di luar pekarangan Masjid Kampung Rawa.

ADS