CJA kecam pembunuhan editor akhbar Sri Lanka
Persatuan Wartawan Komanwel (CJA), yang beribu pejabat di Kanada, mengutuk pembunuhan editor akhbar Sri Lanka, Sunday Leader Lasantha Wickramatunga semalam.
Pengarah Eksekutif CJA Bryan Cantley berkata Wickramatunga merupakan seorang wartawan yang berani bertugas dalam keadaan yang sukar di sebuah negara yang penuh dengan konflik.
"Kita tahu kerajaan Sri Lanka mengarahkan siasatan mengenai kematian itu dan menggesa bahawa ia juga hendaklah termasuk konteks yang luas mengenai keganasan terhadap media di Sri Lanka, meliputi pencetakan akhbar Sunday Leader yang dibakar pada tahun 2007 dan serangan terhadap stesen swasta Maharaja TV di mana peralatannya hampir keseluruhan musnah pada 6 Januari," katanya dalam e-mel kepada Bernama hari ini.
"CJA menyeru kerajaan Sri Lanka menangkap dan menghukum mereka yang bertanggungjawa mengenai kematian Wickramatunga," katanya sambil menambah bahawa ia juga menggesa kerajaan itu bagi memastikan bahawa media dibenarkan beroperasi dengan bebas tanpa khuatir.
Dalam mengulangi bahawa Wickramatunga dan ramai lagi wartawan lain di Sri Lanka menjalankan tugasnya dengan profesional, Cantley berkata wartawan dan yang lain yang bertugas dalam media diberikan perlindungan yang mereka perlukan.
Berdasarkan pada laporan Amnesty International, katanya sekurang-kurangnya 10 pekerja media terbunuh di Sri Lanka sejak 2006.

