Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Suspek tumbuk pengerusi Kolej New Era dibebaskan

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menolak permohonan pihak polis untuk mendapatkan perintah tahanan selama tujuh hari ke atas bekas pelajar Kolej New Era, Lim Ken Zhi yang didakwa menumbuk pengerusi kolej tersebut, dan memerintahkan dia dibebaskan jam 5 petang ini.

yap sin tian beaten case surrender 130109 suspect 02 blur Ketika dihubungi, peguamnya KK Wong mengesahkan bahawa mahkamah telah memerintah pihak polis membebaskan Lim, 22, pada jam 5 petang ini.

Dan bekas pelajar itu telah dibebaskan pada jam 4.55 petang.

Tidak dapat dipastikan sama ada Lim akan didakwa kerana didakwa menyebabkan kecederaan ke atas pengerusi senat Kolej New Era, Yap Sin Tian, yang juga presiden kumpulan pendidik Cina, Dong Zong.

Timbalan ketua polis Kajang Toha Abdullah memberitahu pemberita bahawa Lim akan didakwa jika terdapat bukti yang mencukupi.

Beliau juga berkata, Lim telah dibebaskan dengan jaminan polis.

yap sin tian new era college punched in the nose by student 130109 04 Jika didapat bersalah, Lim boleh dijatuhkan hukuman penjara dan denda.

Selepas dibebaskan, Lim tidak menjawab sebarang soalan dari wartawan. Sebaliknya, Lim meminta segelas air.

Satu pasangan yang sudah berusia kelihatan di situ, dipercayai ibubapa Lim.

Ahad lalu, Lim, lulusan diploma dalam pengajian drama, telah menumbuk Yap sewaktu majlis konvokesyen, sehingga mengakibatkan Yap mengalami keretakan pada tulang pipi.

Foto insiden tersebut, yang dirakamkan dengan video, disiarkan oleh hampir kesemua akhbar utama pada hari berikutnya.

Baca berita penuh


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS