BERITA

Wakil Osman buat laporan polis

Diterbitkan
Dikemaskini 2 Feb 2009, 10:57 pagi

Seorang lelaki yang mengaku sebagai wakil Kapten (B) Mohd Osman Jailu membuat laporan polis bagi menafikan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Perak.

Aduan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi dilaporkan dibuat oleh Mohd Farizal Umar di balai polis Seksyen 11, Shah Alam.

Osman Jailu Semalam, Osman dan wakil rakyat Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dilaporkan menafikan mereka telah meletakkan jawatan sebagai Adun.

Mereka turut mencabar kesahihan surat-surat peletakan jawatan itu.

Sebaliknya, kata mereka, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani sejurus selepas memenangi kerusi mereka dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Noor Azam Jamaludin yang mengesahkan laporan itu berkata, aduannya antara lain menyebut laporan berita sebuah stesen TV malam tadi mengenai pengumuman Speaker DUN Perak V Sivakumar yang kedua-duanya sudah menghantar surat peletakan jawatannya adalah "satu pembohongan dan bertujuan mengelirukan orang ramai".

Sementara itu, petang ini, wakil Adun itu, Puzi Ghazali berkata beliau sedar ada pihak yang membuat laporan polis , tetapi "bukan YB yang buat".

Beri pendapat anda!

Jadi pelanggan Malaysiakini untuk menjadi pengulas berita. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.