Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kecoh besar bantah MB baru Perak
Diterbitkan:  Feb 6, 2009 5:50 PM
Dikemaskini: 1:33 PM

Suasana kecoh lebih sejam depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar angkara bantahan ribuan penyokong Pakatan Rakyat terhadap menteri besar baru Perak memaksa polis melepaskan gas pemedih mata berkali-kali.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 22 Sebahagian daripada 3,000 penunjuk perasaan itu membaling objek ke arah kenderaan-kenderaan rasmi pemimpin BN yang menuju ke Istana Iskandariah, tempat berlangsung majlis angkat sumpah Datuk Dr Zambry Abd Kadir.

Mereka juga berbaring di atas jalan, cuba menghalang kenderaan-kenderaan berkenaan.

Perhimpunan yang turut disertai penyokong wanita itu diadakan sejurus selepas solat Jumaat itu kira-kira 2.15 petang tadi dengan merempuh halangan polis di pintu depan luar kawasan masjid.

Mereka cuba berarak ke istana itu tetapi segera dihalang polis dengan melepaskan gas pemedih mata bagi kali pertama sehingga memaksa kumpulan penunjuk perasaan itu berundur ke kawasan masjid.

perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 21 Suasana tidak menentu antara penyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin itu dengan polis memaksa pihak berwajib melepaskan lagi gas-gas pemedih mata sehingga kawasan itu diliputi asap tebal.

Kawasan perkarangan masjid dan kediaman-kediaman berdekatan tempat ibadat itu turut terkena sasaran tembakan gas pemedih mata.

Bagaimanapun tindakan polis itu gagal melemahkan semangat penyokong Pakatan Rakyat sehingga memaksa dua pemimpin PAS, termasuk pembantu Mohamad Nizar, menyeru mereka bersurai.

Kedua-duanya menyeru para penyokong Pakatan pada jam 3.30 petang dan setengah jam kemudian, termasuk dari atas kenderaan polis bagi meredakan baki 2,000 mereka yang kecewa dengan tindakan BN menumbangkan kerajaan campuran di Perak. perak bn takeover protest mosque tear gas attack incident kuala kangsar rally 060209 28

Beberapa ratus orang terus tinggal berdekatan masjid menunggu kenderaan-kenderaan rasmi itu melalui jalan tersebut selepas acara angkat sumpah yang selesai kira-kira 4.30 petang.

Mereka mengboo setiap kali kenderaan itu melepasi depan masjid sebagai lambang kemarahan luar biasa susulan drama mencemaskan peralihan kuasa di Perak kepada BN melalui lompat parti.

>>> Laporan lengkap Pakatan cabar lantikan Dr Zambry

ADS