Kerajaan akan membentangkan pakej rangsangan baru dengan peruntukan yang lebih besar untuk ekonomi dan kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, pakej rangsangan tersebut akan dibentangkan dalam sidang Parlimen akan datang.

abdullah ahmad badawi pak lah parliament pc 101208 01 "Saya mahu pakej rangsangan pertama yang berjumlah RM7 bilion dilaksanakan dengan segera.

"Ini kerana sehingga bulan lalu, baru 70 peratus dari pakej rangsangan tersebut dilaksanakan," katanya ketika berucap di perhimpunan bulanan kementerian pertahanan di ibu negara hari ini.

Abdullah yang juga menteri pertahanan berkata, kelewatan ini hendaklah dielakkan supaya kesannya dapat dinikamti oleh rakyat dalam jangka masa yang pendek.

Beliau berkata, kedua-dua sektor iaitu sektor awam dan swasta memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara.

"Sektor awam adalah jentera pemulih ekonomi, manakala sektor swasta pula adalah pemantau kepada pembangunan ekonomi.

"Kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam pembangunan ekonomi negara," katanya lagi.

Manakala tengahari tadi perdana menteri menyaksikan majlis menandatangani kontrak jangka panjang antara kementerian pertahanan dengan dua syarikat tempatan.

Kontrak untuk tentera laut diraja Malaysia (TLDM) bernilai RM603 juta diberikan kepada Syarikat MTU Services (M) Sdn Bhd dan Syarikat D' Aquarian (M) Sdn Bhd.