BERITA Malaysiakini

Sasaran pembangkang: Menangi tiga p'raya kecil

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa penyokong setia pembangkang supaya meneruskan perubahan politik di Malaysia dan berusaha untuk memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan bulan depan.

Anwar juga berkata, Pakatan Rakyat akan terus berjuang menentang rasuah dan membantu rakyat miskin.

Beliau berkata, matlamatnya ialah untuk membina sebuah negara yang makmur, stabil dan bersih yang mampu bersaing di peringkat ekonomi global.

Anwar berkata, langkah itu dapat memastikan golongan termiskin, termasuk orang Melayu dan kaum-kaum lain dapat turut sama menikmati peluang kemajuan ekonomi negara.

Ketua umum PKR itu menegaskan demikian ketika berucap di majlis mengingati kejayaan barisan pembangkang dalam pilihanraya umum 2008 di mana mereka berjaya menafikan BN majoriti dua pertiga di Parlimen serta menawan lima negeri.

Menurut Anwar, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil alih kuasa bulan depan, tidak mampu membawa pembaharuan kepada negara.

Beliau seterusnya meminta ahli-ahli parti supaya bekerja keras untuk mencapai kejayaan dalam tiga pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April depan di Bukit Selambau (Kedah), Bukit Gantang (Perak) dan Batang Air (Sarawak).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menetapkan penamaan calon pada 29 Mac ini.

Baca berita penuh