16 September - genap 48 tahun, penubuhan Persekutuan Malaysia. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.

`malaysia merdeka 50th anniversary 280807 ethnic Namun beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia memperlambatkan perisytiharan itu. Ini bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara.

Sempena hari bersejarah ini, Malaysiakini memberi ruang kepada pembaca kami untuk menyiarkan ucapan kepada keluarga, saudara-mara, sahabat-handai dan juga sesama pembaca.

Bagi pihak kakitangan, sidang pengarang dan pengurusan kami juga mengucapkan selamat Hari Malaysia.

Semoga kita bersama mempertahankan kemerdekaan bumi tercinta Malaysia dan semangat muhibah antara kaum.