Pengesahan identiti sangat penting di zaman ini untuk membezakan identiti seorang individu dengan yang lain.

Kaedah pengesahan identiti terkini yang lebih digemari ramai ialah pengesahan wajah kerana cara ini tepat, mudah dan tanpa sentuhan. Walau bagaimanapun, di saat pandemik tercetus di seluruh dunia, pengesahan wajah sahaja tidak mencukupi untuk meyakinkan keselamatan bagi pemilik premis perniagaan. Sebaliknya, peranti pengesahan wajah baharu perlu mempunyai cara untuk memastikan bahawa individu yang mahu memasuki premis merupakan pengguna berdaftar, tidak mempunyai suhu badan demam, dan memakai pelitup muka yang sesuai dalam mematuhi SOP yang digariskan.

Fazalina Zamidon, Pengurus Pemasaran FingerTec, jenama biometrik terkemuka dunia, telah memperkenalkan rangkaian produk baru yang disesuaikan untuk keadaan semasa.

“FingerTec Face ID 5/FTD menawarkan tiga elemen dengan verifikasi yang mengambil masa kurang 3 saat. Semua elemen ini termasuklah pengecaman wajah, pelitup muka dan suhu badan perlu disahkan dengan tepat sebelum akses dibenarkan dan inilah yang menjadikan Face ID 5/FTD peranti yang paling sesuai digunapakai korporat pada masa ini,” menurut beliau.

FingerTec Face ID 5/FTD menyajikan ciri cahaya tambahan untuk meningkatkan proses pengecaman wajah ketika peranti dipasang di keadaan persekitaran yang kurang bercahaya. Model ini dilengkapi dengan teknologi pengimejan termal, yang jauh lebih unggul berbanding peranti yang hanya menggunakan teknologi inframerah. FingerTec Face ID 5/FTD juga mempunyai algoritma “anti-spoofing” yang mengesan foto dan video palsu untuk kaedah pengesahan yang lebih tepat.

"Pandemik ini telah menawarkan peluang bagi FingerTec untuk menghasilkan peranti yang dapat memenuhi kehendak pasaran. Oleh kerana setiap orang perlu diimbas, peranti harus pantas dan efisien. Satu peranti mampu menyimpan sehingga 6,000 templat wajah, dan apabila PKP tamat tempohari, siri FingerTec Face ID 5/FTD telah digunapakai oleh pelbagai pelanggan korporat di pasaran tempatan dan luar negara yang memerlukan pengesahan yang tepat dan selamat,” tambah Faza.

FingerTec, jenama Malaysia, telah berada di pasaran biometrik lebih 20 tahun, di mana jenama ini telah menembusi pasaran dunia dengan produk yang berkualiti dan servis yang mantap.

Menurut Fazalina lagi, FingerTec menawarkan pelbagai peranti masa kehadiran dan akses pintu beserta ‘stand’ yang boleh dipilih mengikut kesesuaian. FaceID 5 juga boleh digunakan untuk Sistem Pengurusan Pelawat tanpa sentuhan sebagai tambahan ciri keselamatan. "Adalah sangat penting bagi syarikat untuk mengekalkan SOP yang betul kerana kos satu kes pencemaran silang C-19 adalah mahal untuk sanitasi dan kerugian harian, terutama sekali dalam industri bertenaga kerja tinggi seperti pengilangan dan peruncitan. Satu lagi kelebihan menggunakan produk FingerTec Face ID 5 ialah kesepaduan dengan penyelesaian TimeTec untuk mewujudkan ekosistem dalam operasi. Siri Face ID 5 ini serasi dengan TimeTec TA (www.timetecta.com) untuk sistem masa kehadiran, TimeTec Access (www.timetecaccess.com) untuk kawalan akses dan TimeTec VMS (www.timetecvms.com) untuk Pengurusan Pelawat bagi operasi lancar yang melibatkan transformasi digital," tegasnya.

Sekiranya pejabat anda memerlukan peranti seperti FingerTec Face ID 5/FTD dan sebarang penyelesaian berasaskan teknologi cloud untuk pejabat pintar, hubungi Puan Fazalina Zamidon di faza@fingertec.com atau Kartina Azlina di tina@fingertec.com untuk mendapatkan sebut harga anda. Nyatakan kod MKTT12 untuk mendapatkan RM120 diskaun apabila anda membuat pembelian FingerTec Face ID 5/FTD dengan kami.

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec ditubuhkan pada tahun 2000. Selama lebih 20 tahun, Kumpulan TimeTec telah menghasilkan tiga jenama IT terkemuka dunia, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour, untuk pengurusan tenaga kerja, keselematan, pejabat pintar, perumahan pintar dan bandar pintar dengan memperkasakan kuasa biometrik, perkomputeran cloud & edge, teknologi IoT dan kecerdasan buatan. Kesemua penyelesaian ini bersambung dan menukar landskap kehidupan kerja dan kehidupan di rumah di dalam ekosistem yang lebih besar. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 16 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com, www.fingertec.com, www.ineighbour.com

Antara syarikat yang menggunakan Face ID 5 termasuklah Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Singer, MRCB dan Hospital Gleaneagles. Produk FingerTec juga serasi dengan perisian Cloud ‘TimeTec Smart Attendance’, TimeTec TA (www.timetecta.com). Ketahui lebih lanjut di pautan berikuthttps://bit.ly/TA-video-my