Kota Bharu, 4 Jun 2026 – KPJ Perdana Specialist Hospital (“KPJ Perdana”), sebahagian daripada rangkaian hospital KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), hari ini melaksanakan acara pecah tanah untuk kemudahan hospital baharu di Kota Bharu di bawah KPJ Health System (“KPJHS”) yang mencerminkan usaha berterusan Kumpulan untuk menyediakan keperluan penjagaan kesihatan masa hadapan serta mengukuhkan kapasiti perkhidmatan pakar di seluruh rangkaiannya. 

Peluasan itu dijangka akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan pakar yang lebih komprehensif di Kelantan dan seluruh wilayah Pantai Timur, terutamanya dalam bidang seperti onkologi, penjagaan kritikal dan rawatan perubatan lanjutan. Ia juga bertujuan untuk mengurangkan keperluan pesakit mendapatkan rawatan di luar wilayah bagi perkhidmatan penjagaan khusus tertentu. 

Peluasan KPJ Perdana Specialist Hospital dijangka akan meningkatkan akses kepada perkhidmatan pakar yang lebih komprehensif di Kelantan dan seluruh wilayah Pantai Timur.

Majlis pecah tanah tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, disertai oleh Pengerusi KPJ Healthcare, Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail bin Haji Bakar; Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan; dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (“PKINK”) dan Pengarah Lembaga Pengarah KPJ Perdana, Dato’ Sr Haji Zamri bin Haji Ismail.

YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan semasa ucapan beliau di majlis perasmian.

Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail bin Haji Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare berkata pengembangan ini mencerminkan keperluan untuk pelaburan berterusan dalam mengukuhkan akses penjagaan kesihatan dan kapasiti rawatan di rantau ini. Beliau mengulas, “Akses kepada penjagaan kesihatan pakar yang berkualiti semakin penting seiring dengan perubahan keperluan penjagaan kesihatan di seluruh negara, khususnya dalam kalangan komuniti di peringkat wilayah. Peluasan ini mencerminkan komitmen berterusan KPJ Healthcare dalam menyokong pembangunan penjagaan kesihatan jangka panjang di Kelantan serta memperkukuh kapasiti rawatan masa hadapan bagi wilayah Pantai Timur.”

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail bin Haji Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare semasa ucapan beliau di upacara pecah tanah di KPJ Perdana Specialist Hospital.

Tambah Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, “Permintaan terhadap perkhidmatan onkologi, rawatan lanjutan dan penjagaan yang lebih khusus terus meningkat di seluruh wilayah Pantai Timur apabila penyampaian penjagaan kesihatan menjadi semakin kompleks. Peluasan ini penting bagi memperkukuh akses kepada perkhidmatan rawatan yang lebih komprehensif di rantau ini, di samping menyokong kemajuan berterusan penjagaan pakar di bawah KPJ Health System. Berpandukan Care For Life, kami kekal komited untuk memastikan hospital-hospital kami terus berkembang maju selari dengan keperluan penjagaan kesihatan komuniti yang kami berkhidmat.”

Apabila siap kelak, kemudahan baharu itu dijangka meningkatkan kapasiti KPJ Perdana kepada lebih 300 katil menjelang 2030 dan merangkumi lebih daripada 80 klinik pakar, bilik bedah tambahan, unit rawatan rapi, perkhidmatan dialisis, kemudahan jagaan harian dan unit onkologi khusus yang dilengkapi dengan keupayaan radioterapi untuk menyokong keperluan rawatan kanser masa depan di rantau ini. 

[Kanan] YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan and [Kiri] YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail bin Haji Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare mengambil gambar kenangan selepas upacara perasmian.

Sejak penubuhannya pada tahun 2002, KPJ Perdana telah berkembang menjadi hospital pakar yang mempunyai 151 katil yang menyediakan perkhidmatan merentasi Kardiologi, Ortopedik, Pediatrik dan Pembedahan. 

Kemudahan baharu itu juga dijangka akan menggabungkan infrastruktur klinikal moden dan sistem digital, termasuk keupayaan Smart Ward, untuk menyokong penyelarasan penjagaan yang lebih cekap, pemantauan pesakit dan penyampaian rawatan. Infrastruktur cekap tenaga juga akan disepadukan sebagai sebahagian daripada usaha kemampanan Kumpulan yang lebih luas. 

Peluasan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPJ Healthcare di bawah KPJ Health System untuk memperkukuh penyampaian penjagaan yang lebih bersepadu dan bersedia menghadapi keperluan masa hadapan di seluruh rangkaiannya, selaras dengan perubahan keperluan penjagaan kesihatan di wilayah Pantai Timur.  

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Perdana, layari https://kpjhealth.com.my/perdana/.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my