KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) mengumumkan perlantikan Nurul Amni Mohd Amin sebagai Ketua Pegawai Strategi, Foresight dan Transformasi (“CSFTO”), sekali gus memperkukuh barisan kepimpinan strategik Kumpulan dalam memperkasa perlaksanaan KPJ Health System (“KPJHS”) serta menyokong agenda pertumbuhan jangka panjangnya.

Dalam peranan baharunya selaku CSFTO, Nurul Amni akan menerajui bahagian strategi, foresight dan transformasi Kumpulan dengan tumpuan untuk memastikan strategi Kumpulan diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan, di samping memperkukuh prestasi organisasi serta memacu inisiatif transformasi di seluruh KPJ Healthcare.

Nurul Amni mempunyai lebih dua dekad pengalaman dalam bidang strategi, transformasi, tadbir urus dan pengurusan prestasi menerusi pelbagai peranan di institusi terkemuka negara, termasuk Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Danajamin Nasional Berhad dan Khazanah Nasional Berhad. Sepanjang kerjayanya, beliau telah menerajui pelbagai inisiatif merangkumi perancangan strategik, transformasi organisasi, kecemerlangan operasi serta penciptaan nilai jangka panjang.

Sebelum menyertai KPJ Healthcare, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan CGC, dengan portfolio yang merangkumi strategi, pengurusan program, kecemerlangan operasi serta kepimpinan fungsi kewangan. Beliau juga turut pernah memegang pelbagai peranan kepimpinan yang memfokuskan kepada peningkatan prestasi organisasi, agenda transformasi serta pelaksanaan strategi.

Mengulas mengenai pelantikan tersebut, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, "Nurul Amni membawa pengalaman yang luas dalam bidang strategi, tadbir urus dan transformasi organisasi, serta rekod pencapaian yang kukuh dalam memacu pelaksanaan strategi di organisasi yang kompleks. Pelantikan beliau memperkukuh barisan kepimpinan kami dalam memastikan KPJ Health System terus berkembang selaras dengan aspirasi pertumbuhan mampan Kumpulan. Pengalaman beliau dalam memacu pelaksanaan strategi dan transformasi organisasi akan menyokong usaha kami untuk meningkatkan prestasi, memperkukuh daya saing dan terus mencipta nilai jangka panjang kepada pesakit, komuniti dan pemegang saham."

Nurul Amni merupakan Fellow Chartered Accountant Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW), Ahli Institut Akauntan Malaysia (MIA) serta Ahli Institute of Corporate Directors Malaysia. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian Kelas Pertama) dalam Perakaunan dan Kewangan daripada University of Southampton, United Kingdom.

Pelantikan beliau mencerminkan komitmen berterusan KPJ Healthcare dalam memperkukuh keupayaan kepimpinan bagi menyokong pelaksanaan strategi, transformasi organisasi dan kemampanan jangka panjang, selaras dengan tujuan Kumpulan, Care for Life.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, layari www.kpjhealth.com.my.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my