Kuala Lumpur, 16 Jun 2026 – KPJ Healthcare Berhad ("KPJ Healthcare" atau "Kumpulan") hari ini mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (“AGM”) ke-33 yang mengetengahkan kemajuan di bawah KPJ Health System ("KPJHS") yang disokong oleh prestasi TK2025 yang kukuh serta memberi fokus kepada fasa pertumbuhan Kumpulan yang seterusnya.

Bagi TK2025, KPJ Healthcare mencatatkan hasil sebanyak RM4.26 bilion, meningkat 9% berbanding RM3.90 bilion yang direkodkan pada TK2024. Keuntungan sebelum cukai meningkat 6% kepada RM563 juta, manakala keuntungan selepas cukai bertambah 10% kepada RM402 juta. Kumpulan turut terus menawarkan nilai kepada pemegang saham melalui pulangan yang lebih baik, kedudukan kewangan yang lebih kukuh serta pertumbuhan permodalan pasaran yang mampan.

Tan Sri Dato’ Sri Dr Ismail Haji Bakar, Pengerusi KPJ Healthcare, berkata, “Prestasi TK2025 mencerminkan transformasi berterusan KPJ Healthcare daripada sekadar sebuah rangkaian hospital kepada sebuah sistem kesihatan bersepadu yang menghubungkan amalan klinikal, pendidikan, penyelidikan dan inovasi. Pendekatan ini memperkukuh keupayaan kami untuk menyediakan penjagaan berkualiti tinggi, melahirkan bakat penjagaan kesihatan masa depan serta memacu inovasi, sambil mewujudkan nilai mampan kepada pesakit, komuniti dan pemegang saham.”

Dalam melangkah ke hadapan, kami kekal komited dalam memastikan KPJ terus berkembang dengan tujuan yang jelas, daya tahan dan impak jangka panjang, sekali gus mewujudkan akses yang lebih luas kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti dan memberikan penambahbaikan yang bermakna dalam hasil kesihatan.

Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, berkata, “Sepanjang TK2025, kami mencapai kemajuan yang signifikan dalam aspek kecemerlangan klinikal, pembangunan bakat dan inovasi, sambil memperkukuh asas yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan masa depan Kumpulan.

Tumpuan kami kini adalah untuk memperluas keupayaan ini ke seluruh rangkaian melalui integrasi sistem, pembangunan Pusat Kecemerlangan serta penerapan keupayaan kesihatan baharu seperti kecerdasan buatan, genomik dan penjagaan berasaskan nilai.”

Usaha ini memastikan kami terus memberikan hasil rawatan yang lebih baik kepada pesakit sambil menjana nilai mampan untuk jangka panjang, selaras dengan aspirasi Care for Life yang menjadi teras KPJ Healthcare.”

Di seluruh rangkaian KPJ, TK2025 menyaksikan kemajuan berterusan dalam bidang penjagaan kesihatan khusus, pembangunan tenaga kerja kesihatan serta inovasi, sejajar dengan matlamat KPJ Health System yang mengintegrasikan amalan klinikal, pendidikan, penyelidikan dan inovasi secara lebih menyeluruh.

Pada April 2025, Damansara Specialist Hospital menjadi hospital swasta pertama di Malaysia yang berjaya melaksanakan prosedur pressurised intraperitoneal aerosol chemotherapy (PIPAC), iaitu rawatan kemoterapi invasif minimum untuk kanser abdomen peringkat lanjut.

Antara pencapaian utama sepanjang tahun termasuk pelancaran Pusat Kecemerlangan Jantung dan Paru-Paru di Johor Specialist Hospital, beberapa pencapaian klinikal pertama dalam rangkaian KPJ seperti pelaksanaan prosedur Pressurised Intraperitoneal Aerosol Chemotherapy (“PIPAC”) pertama oleh sektor swasta di Malaysia serta pembedahan Deep Brain Stimulation (“DBS”). 

KPJ juga meneruskan kerjasama strategik dengan Mayo Clinic, memperluas program latihan khusus melalui School of Digital Health dan AI Academy di KPJ Healthcare University, serta memperkenalkan pelbagai inisiatif inovasi termasuk Sistem Pengurusan Penyelidikan, kerjasama dengan University of Melbourne bagi memacu inovasi kesihatan digital dan pembangunan chatbot penglibatan pesakit berasaskan AI atas kerjasama IBM Malaysia.

Prof. Dato' Dr Hanafiah Harunarashid, Ketua Pengarah Perubatan KPJ Healthcare (empat dari kiri); Hoo Ling Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Wilayah Tengah, KPJ Healthcare (empat dari kanan); Catherine Lim Tsuey Tyng, Ketua Pegawai Eksekutif Tawakkal Specialist Hospital (tiga dari kanan); Dr Nurhashim Haron, Pengarah Perubatan Tawakkal Specialist Hospital (dua dari kanan) bersama pakar perubatan yang terlibat, mengambil gambar kenangan sempena majlis pelancaran Perkhidmatan Pemindahan Buah Pinggang pertama KPJ.

Dalam meneruskan momentum ini, KPJ turut memperkukuh keutamaan strategiknya pada TK2026 termasuk melalui pelancaran Pusat Kecemerlangan Neurosains dan Strok Damansara Specialist Hospital 2, kejayaan melaksanakan prosedur pemindahan buah pinggang di Tawakkal Specialist Hospital serta pemeteraian memorandum persefahaman dengan Royal College of Surgeons of England bagi memperkukuh lagi kecemerlangan klinikal dan pembangunan bakat penjagaan kesihatan di seluruh KPJ Health System.

Dr Nik Fawaz Nik Abdul Aziz, Ketua Pegawai Operasi (Operasi Kesihatan Bersekutu dan Peruncitan Kumpulan) KPJ Healthcare (duduk, dua dari kiri) menandatangani perjanjian MoU dengan Tim Mitchell, Presiden Royal College of Surgeons of England (duduk, dua dari kanan), sambil disaksikan oleh Dr Mizarina Dato' Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Healthcare University (duduk, kiri), Prof. Naeem Soomro, Ahli Majlis Royal College of Surgeons of England (duduk, kanan) serta wakil daripada Kumpulan KPJ dan Royal College of Surgeons of England.

Dalam melangkah ke hadapan, KPJ Healthcare akan terus memperkasa KPJ Health System menerusi integrasi yang lebih mendalam di seluruh rangkaiannya serta peluasan inisiatif penyepaduan unsur transformasinya. Pada masa yang sama, Kumpulan akan mempercepatkan pembangunan Pusat Kecemerlangan serta memperluaskan penerimagunaan kecerdasan buatan, genomik dan penjagaan berasaskan nilai bagi menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang lebih diperibadikan dan berorientasikan hasil.

Sebagai Sistem Kesihatan Akademik Bersepadu swasta pertama di Malaysia, KPJ Healthcare kekal komited untuk menterjemahkan segala usaha ini kepada hasil kesihatan yang lebih baik serta nilai yang mampan demi komunitinya.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, layari www.kpjhealth.com.my.


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my