Johor Specialist Hospital laksana pembedahan pembaikan mastoid dan gegendang telinga secara sedar pertama di Malaysia
Johor Specialist Hospital (“JSH”), sebahagian daripada rangkaian hospital KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), telah berjaya melaksanakan pembedahan pembaikan mastoid dan gegendang telinga secara sedar yang pertama di Malaysia, sekali gus mencatatkan satu lagi pencapaian penting dalam perkhidmatan otorinolaringologi (“Telinga, Hidung dan Tekak” atau “ENT”) di bawah KPJ Health System (“KPJHS”). Dilaksanakan menggunakan bius setempat, prosedur ini menawarkan pendekatan rawatan alternatif untuk pesakit yang bersesuaian dan memerlukan pertimbangan klinikal tambahan sebelum menjalani bius am.

Prosedur perintis ini diketuai oleh Dr Shankar Ramasundram, Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT), bersama pasukan pembedahan multidisiplin JSH. Pembedahan tersebut berjaya dilakukan ke atas seorang pesakit berusia 83 tahun yang mengalami masalah telinga berair yang berpanjangan akibat keadaan kronik yang menjejaskan telinga tengah dan memerlukan rawatan pembedahan.
Kebiasaannya, prosedur seperti ini dilakukan di bawah bius am yang memerlukan pesakit berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sepanjang pembedahan. Walaupun bius am kekal selamat dan sesuai bagi kebanyakan pesakit, ia mungkin memerlukan pertimbangan tambahan bagi warga emas atau individu yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu. Sebaliknya, pendekatan secara sedar membolehkan pesakit kekal sedar dan responsif sepanjang prosedur sambil mengekalkan keselesaan serta keselamatan mereka.
Teknik ini membolehkan komunikasi berterusan antara pesakit dan pasukan pembedahan sepanjang prosedur, di samping mengurangkan keperluan kepada bius am dalam kes yang bersesuaian secara klinikal. Ia memerlukan pemilihan pesakit yang teliti, perancangan rapi serta kepakaran pembedahan yang tinggi, menjadikannya satu prosedur yang sangat khusus dan ketika kini hanya dilaksanakan di beberapa pusat perubatan terpilih di peringkat antarabangsa.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Chin Keat Chyuan, Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare berkata, “Pencapaian ini mencerminkan kedalaman kepakaran khusus yang semakin meningkat di seluruh KPJ Health System serta komitmen kami untuk memperluaskan pilihan rawatan bagi pesakit dengan keperluan klinikal yang pelbagai. Walaupun pendekatan ini tidak sesuai untuk semua pesakit, keupayaan untuk menawarkan pilihan rawatan tambahan dalam kes yang bersesuaian secara klinikal menunjukkan bagaimana perkhidmatan penjagaan khusus terus berkembang bagi memenuhi keperluan pesakit yang berubah. Sebagai Sistem Kesihatan Akademik swasta pertama di Malaysia, kami terus memperkukuhkan keupayaan yang menyokong kecemerlangan klinikal, pembelajaran berterusan dan inovasi di seluruh rangkaian kami. Seiring dengan kemajuan yang dicapai, kami komited untuk memacu penjagaan kesihatan yang lebih diperibadikan, bersifat prediktif dan memberi penekanan kepada hasil rawatan yang lebih baik sambil memastikan pesakit terus mendapat manfaat daripada akses kepada kepakaran dan pilihan rawatan yang lebih khusus.”

Dr Shankar Ramasundram, Pakar Perunding Otorinolaringologi di JSH berkata, “Keunikan pendekatan ini terletak kepada keupayaan untuk mengekalkan komunikasi dengan pesakit sepanjang prosedur dijalankan walaupun melibatkan pembedahan telinga yang rumit. Ini membolehkan interaksi yang lebih dekat dengan pesakit semasa pembedahan dan boleh memberi manfaat dalam kes-kes yang bersesuaian. Kejayaan prosedur ini bukan sahaja mencerminkan kepakaran teknikal, malah menekankan kepentingan memilih pendekatan rawatan yang paling sesuai mengikut keadaan setiap pesakit. Matlamat kami adalah untuk memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang disesuaikan dengan keperluan klinikal mereka, tanpa menjejaskan standard keselamatan dan kualiti tertinggi.”

Pencapaian ini mencerminkan kemajuan berterusan perkhidmatan khusus di seluruh KPJ Health System, yang mengintegrasikan Amalan Klinikal, Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi bagi memperkukuh penjagaan pesakit serta meningkatkan hasil rawatan. Ia turut menyerlahkan nilai ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih berhubung yang menyokong perkongsian kepakaran, penerapan pendekatan rawatan lebih maju serta pembangunan keupayaan khusus di seluruh rangkaian, sekali gus membolehkan lebih ramai pesakit mendapat manfaat daripada rawatan khusus dan berteknologi tinggi.
Untuk maklumat lanjut mengenai JSH, layari https://kpjhealth.com.my/johor/.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/06/550384795ac115022aafd06d21588d87.png)
