Masih ingat lagi kempen "Beli VARTA®, Menang Kereta" yang berlangsung dari 22 Februari hingga 30 Mei 2026? Sepanjang tempoh kempen tersebut, ribuan pemilik kenderaan mengambil peluang membeli bateri kereta VARTA® di bengkel, kedai tayar dan pengedar sah di seluruh negara. 

Hadiah utama GWM Haval H6 HEV
Selain membawa pulang pelbagai hadiah menarik termasuk kad tambah nilai Touch 'n Go, kemuncaknya berlaku pada sesi cabutan bertuah yang berlangsung di GWM Butterworth. Acara yang turut disiarkan secara langsung di Facebook VARTA® pada 30 Jun 2026 ini membawa rezeki berupa sebuah kenderaan jenis SUV model GWM Haval H6 HEV kepada seorang pelanggan bernama Sek Zhi Yang.

Pada hari bertuah yang sama, sejumlah enam pengikut Facebook VARTA® berjaya memenangi kad tambah nilai Touch 'n Go bernilai RM30 setiap satu sebagai penghargaan terhadap usaha mereka menjawab soalan kuiz dengan tepat dan cepat. Tahniah diucapkan kepada Jay Jay, MFrzn Ridzuan, Jeff Leong, Emir Danish, Azmeer Shah Sojonggi dan Ahmad Syamil Ahmad Termizi. 

Kempen baru dengan produk Apple
Bagi merancakkan momentum kempen tersebut, pengedar utama bateri kenderan berjenama VARTA®, HT Eco Battery Sdn Bhd, akan meneruskan usaha ini selama tiga bulan dari Julai hingga September 2026 dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan berbentuk produk Apple. 

Sejumlah 90 produk Apple termasuk MacBook, iPhone dan iPad menanti pemenang bertuah.

Setiap bulan, 30 produk Apple termasuk MacBook, iPhone dan iPad akan dibawa pulang oleh pemenang bertuah. Ini bermakna sejumlah 90 hadiah berteknologi pintar menanti pengguna VARTA® sepanjang tempoh kempen tersebut. 

Jadi, bagi mereka yang tidak berkesempatan menyertai kempen terdahulu, rebutlah peluang keemasan ini. Cara penyertaannya tetap mudah - beli bateri VARTA® di premis peniaga yang mengambil bahagian dalam kempen ini, termasuk pengedar tempatan, bengkel dan kedai tayar yang sah. 

Semakin ramai memilih bateri VARTA®
Sebagai pembekal bateri Original Equipment kepada pelbagai pengeluar automotif terkemuka sedunia, jenama VARTA® yang diasaskan di Jerman pada 1887 menjunjung reputasi lebih satu abad sebagai antara pengeluar bateri automotif berkualiti yang dipercayai secara global.

PowerFrame® Grid Technology memperkasa VARTA® dengan prestasi yang konsisten.

Salah satu teknologi utama yang membezakan VARTA® dengan pesaing adalah PowerFrame® Grid Technology. Reka bentuk grid berpaten ini membantu meningkatkan aliran elektrik, mengurangkan kakisan (sisa deposit) dan memberikan kuasa penghidupan enjin yang lebih konsisten. Hasilnya adalah bateri yang mampu bertahan lebih lama dengan prestasi yang stabil dan sesuai digunakan dalam pelbagai keadaan, termasuk cuaca panas dan kesesakan bandar.

Bagi kenderaan moden yang dilengkapi sistem Start-Stop, VARTA® menawarkan siri Silver Dynamic AGM dan Blue Dynamic EFB. Manakala untuk kenderaan konvensional, siri Silver Dynamic, Blue Dynamic dan Black Dynamic sedia dipasang. Jadi, sama ada anda memandu sedan, SUV, MPV atau trak pikap keluaran tempatan, Jepun, Korea, China, Eropah atau Amerika, VARTA® mempunyai pilihan bateri yang sesuai untuk setiap kategori. 

Berganding bahu dengan GWM
Kerjasama strategik antara VARTA® dan GWM (Great Wall Motor) bukanlah satu kebetulan. Kedua-dua jenama ikonik ini berkongsi visi yang sama: Inovasi, Teknologi dan Kebolehpercayaan.

Tay Hsing Yang, Pengarah, HT Eco Battery Sdn Bhd.

“GWM semakin popular di Malaysia menerusi SUV berteknologi tinggi, manakala VARTA® memfokuskan pada teknologi bateri. Yang menarik di sini, model GWM Haval H6 HEV menggunakan bateri VARTA® sebagai sebahagian daripada spesifikasi asal kilangnya. Ini secara tidak langsung membuktikan tahap kepercayaan pengeluar kereta terhadap kualiti bateri VARTA®. Justeru, kerjasama ini melambangkan gabungan teknologi automotif masa kini,” kata Tay Hsing Yang, Pengarah, HT Eco Battery Sdn Bhd.

Memperkasa rakan niaga
Dalam industri yang sangat kompetitif, VARTA® mengharungi cabaran bukan hanya dari segi inovasi produk, tetapi melalui ekosistem sokongan yang kukuh. Selain berkembang seiring dengan sistem elektronik kenderaan yang semakin kompleks dan memerlukan bateri yang sepadan, VARTA® komited memperkukuhkan ekosistem industrinya dengan memperkasa rangkaian pengedar serta meluaskan rangkaian produknya di seluruh Malaysia. 

Dari kiri: Sean Ooi, Pengarah, GWM Butterworth Pulau Pinang; Chee Lip Choon, Pengarah Kanan, Pembangunan Perniagaan & Komersial, Clarios Asia Tenggara; dan Tay Hsing Yang, Pengarah, HT Eco Battery Sdn Bhd.

"Kami percaya bahawa kekuatan sesebuah jenama bukan hanya terletak pada produknya, tetapi juga pada rangkaian sokongan selepas jualan. Sebab itu kami terus melabur dalam pembangunan rakan pengedar dan juruteknik, agar setiap pelanggan mendapat nasihat yang tepat termasuk tip penjagaan, serta perkhidmatan yang profesional setiap kali mereka memilih VARTA®," kata Tay.

“VARTA® sentiasa memberi latihan teknikal, sesi perkongsian ilmu dan program pembangunan kepada rakan pengedar dan juruteknik bengkel. Pendekatan ini memastikan mereka sentiasa mengikuti perkembangan teknologi bateri terkini dan mampu memberikan cadangan yang tepat kepada pelanggan berdasarkan spesifikasi setiap kenderaan,” tambah beliau.

Prestasi konsisten bersama sokongan selepas jualan
Bagi HT Eco Battery Sdn Bhd, kejayaan kempen "Beli VARTA®, Menang Kereta" membuktikan bahawa pengguna hari ini bukan sekadar mencari bateri yang mampu menghidupkan enjin, namun lebih mengutamakan produk dengan kualiti yang konsisten dan ketahanan jangka panjang, serta sokongan rangkaian pengedar dan perkhidmatan selepas jualan yang diyakini. 

“Kempen ganjaran seperti ini merupakan penghargaan kami kepada pelanggan yang terus meletakkan kepercayaan mereka terhadap jenama VARTA®. Kami amat berterima kasih atas sokongan semua pelanggan, pengedar, rakan bengkel dan kedai yang sama-sama menjayakan kempen ini," kata Tay sambil mengingatkan pengguna agar tidak terlepas peluang mengambil bahagian pada musim kedua ini dari Julai hingga September. 

Selain menikmati teknologi bateri bertaraf dunia yang menjadi pilihan pengeluar automotif terkemuka, setiap pembelian sepanjang kempen ini turut membuka peluang untuk anda membawa pulang hadiah-hadiah eksklusif produk pintar Apple. 

Sila ikuti halaman Facebook rasmi VARTA® di: https://www.facebook.com/VARTA®AutomotiveMalaysia/ untuk maklumat lanjut terkini berkenaan kempen beli dan menang yang baru bermula ini.