Kekal bersedia ke mana jua destinasi dengan keperluan kesihatan yang tepat
Mempunyai rancangan untuk melancong? Pastikan keperluan kesihatan turut diberi perhatian sebelum bertolak.
Penerbangan jarak jauh, perubahan cuaca, kesesakan di tempat awam serta jadual perjalanan yang padat boleh memberi cabaran kepada tubuh. Pada masa yang sama, pendedahan kepada kuman dan situasi kesihatan yang tidak dijangka juga boleh berlaku sepanjang perjalanan.
Bagi menyokong rakyat Malaysia sepanjang perjalanan mereka, iNova Pharmaceuticals mengetengahkan tiga penyelesaian penjagaan kesihatan yang boleh membantu pengguna membuat persiapan ketika melancong.
“Menerusi kempen Travel Ready, Worry Less, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia membuat persediaan kesihatan sebelum melancong. Kami percaya persediaan yang sewajarnya dapat membantu mereka berasa lebih yakin dan selesa sepanjang perjalanan,” kata Steve Tiu, Country Head of iNova Pharmaceuticals.
Difflam Hextra: Redakan sakit tekak ketika melancong
Udara kabin yang kering, cuaca sejuk dan perubahan persekitaran boleh menyebabkan tekak kering dan tidak selesa.

“Ketidakselesaan tekak boleh bermula dengan rasa gatal dan menjadi lebih sakit akibat jangkitan virus, alahan atau dehidrasi,” kata Dr Tan Sui Teng, Pakar Bedah ENT
Beliau juga bekata bahawa keletihan, kurang tidur, perubahan rutin serta pengambilan makanan dan minuman yang tidak mencukupi ketika melancong juga boleh menjejaskan imunasi badan, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan atau ketidakselesaan pada hidung dan tekak.

Apabila sakit tekak mula mengganggu, Difflam Hextra membantu melawan jangkitan serta memberikan kesan kebas untuk melegakan sakit tekak.

Betadine Sore Throat Spray: Semburan sakit tekak yang melegakan
Untuk penjagaan tekak yang praktikal dan mudah ketika dalam perjalanan, Betadine Sore Throat Spray juga boleh dimasukkan ke dalam kit kesihatan perjalanan anda. Diformulasikan dengan Povidone-Iodine (PVP-I), semburan ini mempunyai tindakan sasaran terhadap virus, bakteria dan kulat, serta mudah digunakan bila-bila masa dan di mana sahaja apabila diperlukan.
Rekaan semburan tanpa sentuh turut menjadikan penggunaannya lebih bersih, terutama ketika anda sedang bergerak dari satu destinasi ke destinasi seterusnya.
Betadine Dry Powder Spray: Lindungi luka ketika meneroka
Ketika melancong, banyak masa dihabiskan dengan berjalan kaki, meneroka lokasi baharu dan melakukan pelbagai aktiviti luar. Dalam kesibukan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain, luka terbuka atau calar boleh berlaku tanpa diduga, terutamanya ketika berada di kawasan yang sesak atau melakukan aktiviti lasak.
Oleh itu, penjagaan awal yang sewajarnya penting bagi memastikan luka diuruskan dengan baik agar anda dapat meneruskan aktiviti anda.

Untuk penjagaan luka ketika dalam perjalanan, Betadine Dry Powder Spray menawarkan perlindungan antiseptik melalui aplikasi tanpa sentuhan. Ia membantu merawat dan melindungi luka kecil, calar serta lecur ringan daripada risiko jangkitan.
“Jika mengalami luka kecil atau calar ketika berada di luar, semburan antiseptik seperti Betadine Dry Powder Spray boleh menjadi pilihan praktikal untuk dibawa dalam kit anda, terutama apabila tiada akses segera kepada air.”
Sebelum digunakan, goncangkan botol dan semburkan pada kawasan yang terjejas dari jarak kira-kira 5 hingga 10 sentimeter, mengikut arahan pada label produk. Salah satu kelebihan semburan ialah ia boleh digunakan tanpa perlu menyentuh permukaan luka,” kata Dr Tan.

iNova Pharmaceuticals turut memeriahkan acara dengan memperkenalkan artis terkenal Malaysia, Alif Satar, sebagai duta jenama bagi kempen tersebut. Dengan gaya hidup aktif dan imej yang dekat dengan keluarga, Alif membawa nilai yang selari dengan kempen ini, khususnya dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bersedia menghadapi situasi tidak dijangka ketika melancong.
“Bagi saya, persediaan sebelum melancong bukan sekadar merancang jadual perjalanan, tetapi juga memastikan kita membawa kit kesihatan yang lengkap. Terutamanya apabila melancong bersama keluarga dan anak-anak, kita tidak tahu apa yang mungkin berlaku sepanjang perjalanan. Jadi, lebih baik bersedia dengan keperluan asas seperti semburan tekak, lozeng dan semburan untuk penjagaan luka, supaya kita boleh terus menikmati perjalanan dengan lebih tenang,” kata Alif.
Produk seperti Difflam Hextra, Betadine Sore Throat Spray dan Betadine Dry Powder Spray boleh membantu melengkapkan persediaan kesihatan anda sebelum melancong. Setiap satunya mempunyai peranan tersendiri untuk membantu anda menghadapi situasi yang lazim berlaku ketika dalam perjalanan.Dengan saiz yang kecil dan mudah dibawa, kit ini boleh disimpan di dalam beg galas, beg tangan atau bagasi kabin. Jadi, keperluan penjagaan kesihatan sentiasa mudah dicapai apabila diperlukan, tidak kira ke mana jua perjalanan membawa anda.
Produk-produk ini boleh didapati di Watsons eCommerce dan farmasi terpilih di seluruh negara.

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2026/08/d5ae666218c2c98f8cbe63ba2b923889.jpg)
