Walaupun sering dipandang remeh, lapisan pelindung kulit berfungsi sepanjang masa untuk melindungi kulit daripada pencemaran alam sekitar, tekanan sinaran UV dan perubahan iklim. Namun, apabila lapisan pelindung kulit terjejas, pelbagai produk dan rawatan mungkin tidak dapat memberikan hasil yang optimum sehinggalah lapisan pelindung kulit dipulihkan menerusi rutin penjagaan harian yang betul. 

Apabila penjagaan kulit sensitif diamalkan sebagai kebiasaan harian dan bukannya sekadar tindak balas terhadap masalah kulit yang memuncak, kulit berhenti beroperasi dalam keadaan kecemasan. Dalam dunia yang terlalu mengutamakan trend penjagaan kulit 10 langkah dan bahan aktif penyelesaian segera, SensaV memberi tumpuan kepada strategi penjagaan kulit yang minimal dan berteraskan rutin, dengan menyingkirkan segala bahan tambahan yang tidak diperlukan.

“Lapisan pelindung kulit merupakan perisai hidup. Apabila lapisan ini terjejas, penggunaan terlalu banyak produk dalam rutin penjagaan kulit yang kompleks hanya boleh memburukkan lagi keadaan,” kata Wong Kean Ewe, Pengurus Besar Leung Kai Fook Medical Sdn Bhd. “Sebaliknya, mengamalkan rutin yang lebih ringkas tanpa bahan tambahan boleh mewujudkan persekitaran stabil yang diperlukan oleh kulit untuk pulih dan kekal berdaya tahan dalam jangka masa panjang.”

Elakkan Tabiat yang Melemahkan Lapisan Pelindung Kulit

Membina lapisan pelindung kulit yang berdaya tahan bermakna menghentikan tabiat yang merosakkannya. Ramai antara kita mengamalkan beberapa rutin harian tertentu atas keinginan untuk mendapatkan kulit yang lebih “bersih” atau “cerah”, tanpa menyedari bahawa tabiat tersebut boleh menyingkirkan minyak semula jadi yang diperlukan untuk melindungi kulit daripada tekanan persekitaran. 

Antara tabiat yang perlu diberi perhatian termasuk: 

  • Mandi Dengan Air Terlalu Panas: Walaupun mandi air panas terasa menenangkan, air yang terlalu panas boleh menyingkirkan lipid semula jadi pada permukaan kulit, menyebabkan kulit menjadi sangat kering, kemerahan dan gatal. Sebaliknya, gunakan air suam-suam kuku bagi membantu mengekalkan kelembapan dan minyak semula jadi kulit. 

  • Terlalu Kerap Mencuci Muka: Kulit yang sentiasa terasa tegang, pedih atau menghasilkan minyak secara berlebihan boleh menjadi tanda bahawa kulit telah dicuci secara berlebihan. Elakkan mencuci muka terlalu kerap atau menggunakan pencuci dengan formula yang terlalu kuat dan pH tinggi. Secara amnya, hadkan pembersihan wajah kepada sekali atau dua kali sehari. 

  • Eksfoliasi Secara Berlebihan: Eksfoliasi lembut secara sederhana boleh membantu menyingkirkan sel kulit mati dan menjadikan kulit kelihatan lebih segar. Namun, penggunaan skrub secara berlebihan atau produk asid dengan kepekatan tinggi boleh mendedahkan sel kulit yang masih belum matang kepada persekitaran sebelum ia bersedia untuk melindungi kulit. 

  • Kerap Bertukar Produk: Terlalu kerap memperkenalkan produk baharu boleh menghalang kulit daripada mencapai keadaan yang stabil, sekali gus menyebabkan kehilangan kelembapan dan meningkatkan sensitiviti kulit. Sebaiknya, berikan masa sekitar dua hingga empat minggu kepada sesuatu formula baharu untuk membantu menguatkan skin barrier sebelum memperkenalkan produk lain. 

Kembali Kepada Keperluan Asas

Daripada membebankan kulit dengan produk tambahan, pemulihan lapisan pelindung kulit yang sebenar bergantung pada rutin penjagaan kulit yang ringkas dan hanya mengutamakan keperluan asas yang tidak boleh diketepikan. Dengan menyingkirkan potensi bahan yang boleh menyebabkan iritasi, kulit mempunyai ruang yang diperlukan untuk memulihkan dirinya secara semula jadi.

  • Pilih Pembersihan Lembut: Pencucian wajah seharusnya hanya menyingkirkan kotoran harian, lebihan sebum dan kekotoran pada kulit – tidak lebih daripada itu. Bertentangan dengan tanggapan sesetengah orang, pencuci wajah tidak sepatutnya menyebabkan kulit terasa terlalu “kesat”, tegang atau seperti kehilangan semua kelembapan selepas dicuci kerana ini boleh menjadi petanda skin barrier telah terjejas. Pencuci yang berkesan seharusnya membersihkan kulit sambil mengekalkan lapisan kelembapan semula jadinya. 

  • Utamakan Pelembapan: Pelembap yang dirumus dengan baik amat penting untuk kulit sensitif kerana ia membantu memulihkan lapisan pelindung luar kulit, mengurangkan kehilangan air dan menenangkan iritasi. Pilih pelembap tanpa pewangi yang mengandungi bahan botani yang menenangkan serta bebas daripada bahan tambahan yang keras bagi mengelakkan masalah kulit kembali berlaku. 

Mengenali Kuasa SensaV

Menemukan pilihan yang tepat untuk menjaga kulit sensitif memerlukan pendekatan yang menyeluruh dan minimalis, bukannya rutin kompleks yang melibatkan pelbagai produk. Dengan menyingkirkan bahan perengsa sintetik yang keras dan bahan pengisi, rangkaian SensaV memberi tumpuan sepenuhnya kepada rutin holistik tiga langkah, yang dirumus secara teliti untuk kulit sensitif, kering dan teriritasi. 

  • Pembersihan: Rutin harian harus dimulakan dengan pembersihan lembut tanpa menyingkirkan minyak semula jadi kulit. Dirumus dengan surfaktan berasaskan asid amino, formula SensaV menyingkirkan kekotoran harian secara lembut sambil mengekalkan tahap pH optimum 5.5 bagi memelihara keutuhan mantel asid semula jadi kulit. 

  • Menenangkan: Falsafah Tanpa Bahan Tambah (Zero Additive) SensaV penting dalam membantu melegakan kulit sensitif dengan menyingkirkan bahan perengsa yang lazim dalam produk penjagaan kulit seperti pewangi, pewarna, alkohol, lanolin dan minyak mineral. Sebaliknya, SensaV memperkayakan rangkaiannya dengan bahan botani semula jadi yang menenangkan seperti Dipotassium Glycyrrhizate dan Mirabilis Jalapa, yang membantu memberikan kelegaan segera daripada kemerahan dan iritasi kulit. 

  • Menguatkan: Untuk melengkapkan rutin ini, rangkaian SensaV menampilkan bahan utama unggulnya – Alpine Edelweiss. Dengan keupayaannya luar biasa untuk hidup subur dalam salah satu persekitaran paling mencabar di dunia, bunga gunung ini menghasilkan sebatian pelindung berkuasa yang membantu menenangkan keradangan, melawan tekanan persekitaran dan menyokong proses pemulihan kulit. Selain itu, gabungan lipid botani Squalane dan Minyak Kacang Macadamia memberikan kelembapan intensif tanpa rasa berminyak serta membantu memulihkan lapisan lipid kulit. 

Kesimpulannya, tambahan lebih banyak produk ke dalam rutin penjagaan kulit boleh menghalang usaha untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat. Untuk pemulihan lapisan pelindung kulit dengan sebenar-benarnya, kurangkan penggunaan produk dan bina semula rutin dengan bahan-bahan yang dipilih secara berkesan serta formulasi yang minimum bagi mengurangkan beban kepada kulit. Rutin tiga langkah SensaV menetapkan piawaian baharu untuk kesihatan kulit jangka panjang dan ketahanan struktur kulit.

Untuk maklumat lanjut mengenai SensaV dan rangkaian penyelesaian penjagaan kulit lembutnya, ikuti SensaV di Instagram, Facebook atau TikTok


Kandungan ini disediakan oleh Go Communications Sdn. Bhd.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi 
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my