KPJ Healthcare catat rekod Asia Tenggara dalam pembedahan Jantung Robotik
KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”) telah mencatat rekod di Asia Tenggara dalam pembedahan jantung invasif minima (“MICS”) berbantukan robot di mana pasukan pakar di Damansara Specialist Hospital 2 (“DSH2”) telah melaksanakan 35 prosedur dalam tempoh 90 hari. Pencapaian ini membuktikan keupayaan dalam penjagaan jantung yang lebih maju menerusi KPJ Health System (“KPJHS”) iaitu sistem kesihatan akademik swasta yang pertama di Malaysia.
Prosedur-prosedur tersebut telah diketuai oleh Profesor Dr Shahrul Amry Hashim, Pakar Bedah Kardiotorasik DSH2 dengan sokongan daripada pasukan pelbagai disiplin yang merangkumi bidang pembedahan, anestesia, perfusi dan penjagaan pascaoperasi. DSH2 juga merupakan hospital pertama di Lembah Klang, merentasi sektor penjagaan kesihatan awam mahupun swasta, yang melaksanakan MICS berbantukan robot.
/file/attachments/889/2_312903.jpeg)
Berbeza dengan pembedahan jantung terbuka konvensional yang lazimnya memerlukan tulang dada dibelah, MICS berbantukan robot membolehkan pakar bedah melaksanakan prosedur jantung tertentu melalui hirisan kecil di celah tulang rusuk. Sistem Pembedahan Robotik da Vinci Xi menyediakan visualisasi tiga dimensi yang diperbesarkan serta kawalan instrumen yang lebih baik sementara pakar bedah kekal memegang tanggungjawab penuh ke atas pembedahan tersebut.
Bagi pesakit yang sesuai, pendekatan ini mungkin dapat mengurangkan trauma pembedahan dan ketidakselesaan pascaoperasi serta berpotensi membolehkan pesakit bergerak lebih awal dan tempoh penginapan di hospital mejadi lebih singkat. Walau bagaimanapun, prosedur ini tidak sesuai untuk semua pesakit dan keputusan rawatan bergantung pada penilaian klinikal individu.
Profesor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare menyatakan bahawa rekod serantau tersebut mencerminkan kemajuan Kumpulan dalam penjagaan pakar yang lebih maju.
“Ini merupakan satu pencapaian penting bagi KPJ Healthcare dan para pakar di DSH2. Pembedahan jantung yang kompleks menuntut kepakaran klinikal yang tinggi dan pencapaian ini membuktikan apa yang mampu diraih oleh pasukan kami dengan pengalaman yang tepat, sokongan pelbagai disiplin serta teknologi perubatan yang lebih maju,” tambah beliau.
Prof Hanafiah menegaskan, “Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan kemajuan dalam penjagaan pakar diimbangi dengan piawaian klinikal yang kukuh serta pertimbangan perubatan yang wajar. Disamping membangunkan keupayaan ini di seluruh KPJ Health System, keutamaan kami tetap tertumpu pada kualiti penjagaan yang diterima oleh pesakit. Ini merupakan teras kepada tujuan Care for Life kami.”
/file/attachments/889/ProfDrShahrulAmry_974893.jpg)
Profesor Dr Shahrul Amry Hashim, Pakar Bedah Kardiotorasik DSH2 berkata pemilihan pendekatan pembedahan bergantung kepada keadaan klinikal setiap pesakit.
“Tidak semua pesakit yang memerlukan pembedahan jantung sesuai untuk menjalani prosedur dengan bantuan robot. Kami menilai setiap kes dengan teliti dengan mengambil kira keadaan pesakit serta kerumitan pembedahan tersebut sebelum menentukan pendekatan yang paling sesuai. Bagi pasukan kami, kejayaan melaksanakan 35 prosedur dalam tempoh 90 hari merupakan satu pencapaian yang penting. Walau bagaimanapun, kayu ukur sebenar bagi kerja kami tetap terletak pada penjagaan yang kami berikan kepada setiap pesakit bermula daripada penilaian awal, semasa pembedahan sehinggalah ke peringkat pemulihan,” jelas beliau.
Pencapaian penting ini turut menyokong strategi meluas KPJ Healthcare yang menyepadukan aspek Amalan, Pendidikan, Penyelidikan dan Inovasi. Pembedahan jantung dengan bantuan robotik merupakan satu bidang di mana pelaburan Kumpulan dalam kepakaran khusus serta teknologi perubatan termaju telah membolehkan prosedur yang lebih rumit dilaksanakan melalui pendekatan invasif minima.
DSH2 telah menerima anugerah Minimally Invasive Cardiac Surgery of the Year – Asia Pacific 2025 di GlobalHealth Asia-Pacific Awards 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kepakarannya dalam bidang ini. Hospital ini juga merupakan ahli kepada Mayo Clinic Care Network (“MCCN”) yang membolehkan para doktornya mendapatkan akses kepada rundingan pakar serta sumber klinikal daripada Mayo Clinic.
Untuk maklumat lanjut mengenai DSH2, layari https://www.kpjhealth.com.my/damansara2.
Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/attachments/889/1_698563.jpeg)
