Kuala Lumpur, 10 November 2026 – KPJ Healthcare Berhad (“KPJ Healthcare” atau “Kumpulan”), sistem kesihatan akademik swasta yang pertama di Malaysia telah muncul sebagai jenama kemudahan penjagaan kesihatan paling kukuh di ASEAN menerusi laporan Brand Finance ASEAN 500 2026, dengan skor Indeks Kekuatan Jenama (Brand Strength Index) sebanyak 86.8 per 100.

Kumpulan juga telah meraih tempat kedua dalam kalangan jenama kemudahan penjagaan kesihatan paling bernilai di ASEAN dengan nilai jenamanya meningkat sebanyak 45% kepada USD305 juta berbanding USD211 juta pada tahun 2025. Pencapaian ini menyusuli peningkatan sebanyak 71% pada tahun 2025 sekali gus meneruskan pertumbuhan nilai jenama Kumpulan bagi tahun kedua berturut-turut.

KPJ Healthcare mencatatkan peningkatan sebanyak 49 anak tangga dalam kedudukan keseluruhan ASEAN 500 merentasi semua industri daripada kedudukan ke-231 pada tahun 2025 kepada kedudukan ke-182 pada tahun 2026 sekali gus meletakannya dalam kalangan 200 jenama paling bernilai di rantau ini. 

Prof. Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid, Pegawai Pimpinan KPJ Healthcare berkata pencapaian ini membawa makna yang istimewa bagi sebuah institusi penjagaan kesihatan Malaysia yang telah mengukuhkan kedudukannya di peringkat serantau. 

Beliau menambah, “Menerajui ASEAN dari segi kekuatan jenama penjagaan kesihatan merupakan satu pengiktirafan yang membanggakan kami terutamanya bagi sebuah institusi penjagaan kesihatan Malaysia yang telah berkhidmat kepada pesakit merentasi generasi. Ia juga merupakan satu tanggungjawab. Keyakinan yang diberikan kepada KPJ Healthcare mesti diimbangi dengan piawaian penjagaan yang kami sediakan serta keupayaan yang terus kami bangunkan. Keutamaan kami adalah untuk memajukan penjagaan pakar, membangunkan profesional penjagaan kesihatan serta menterjemahkan penyelidikan dan inovasi kepada hasil rawatan dan pengalaman pesakit yang lebih baik. Melalui KPJ Health System, kami memanfaatkan kekuatan-kekuatan ini untuk merealisasikan komitmen Care for Life.”

Damansara Specialist Hospital 2 catat rekod Asia Tenggara dalam pembedahan jantung robotik.

KPJ Health System (“KPJHS”) menggabungkan hospital-hospital dalam Kumpulan dengan Universiti KPJ Healthcare serta keupayaan penyelidikannya melalui tiga tonggak utama iaitu Amalan, Pendidikan serta Penyelidikan & Inovasi. Ini membolehkan Kumpulan membangunkan tenaga profesional penjagaan kesihatan sendiri, memajukan kepakaran khusus dan menjalankan penyelidikan yang berpandukan keperluan amalan klinikal. 

Tahap kepakaran yang mendalam ini terserlah melalui pencapaian klinikal KPJ baru-baru ini. Damansara Specialist Hospital 2 telah mencatat rekod di Asia Tenggara dengan melaksanakan 35 pembadahan jantung invasif minimum berbantukan robot dalam tempoh 90 hari. Ia juga merupakan hospital pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan Supine High-Intensity Focused Ultrasound (“HIFU”) bagi rawatan fibroid tanpa pembedahan manakala KPJ Selangor Specialist Hospital telah melaksanakan pembedahan invasif minimum skru simen HOBBIT yang pertama di rantau Asia Pasifik.

KPJ Healthcare lancar Pusat Kecemerlangan Jantung & Paru-paru yang pertama di Johor Specialist Hospital pada tahun 2025.

KPJ juga memperluaskan keupayaan pakarnya melalui Pusat Kecemerlangan (“CoE”) dalam bidang Jantung & Paru-paru, Neurosains & Strok serta Ortopedik & Reumatologi. Dengan sasaran untuk menubuhkan 15 Pusat Kecemerlangan (CoE) menjelang 2030, program ini bertujuan memperkukuh kepakaran klinikal, mempertingkatkan penyelarasan penjagaan pesakit bagi kes-kes kompleks serta meningkatkan standard penyampaian perkhidmatan klinikal di seluruh rangkaian hospital KPJ.

KPJ terus membangunkan keupayaan pakar dan akademiknya melalui hubungan strategik dengan institusi-institusi perubatan terkemuka. Hubungan jangka panjangnya dengan Mayo Clinic merangkumi sokongan nasihat pakar untuk CoE serta keahlian dalam Mayo Clinic Care Network di hospital-hospital KPJ terpilih. Kerjasama KPJ dengan Singapore Health Services (“SingHealth”) meliputi penyelidikan klinikal, pendidikan, simulasi perubatan, kesihatan digital dan kecerdasan buatan, manakala kerjasamanya bersama Royal College of Surgeons of England melalui Universiti KPJ Healthcare menyokong pendidikan pembedahan, latihan profesional dan penyelidikan. 

KPJ merancang untuk melancarkan Future Health Institute pada tahun 2027 bagi memacu penyelidikan serta pemanfaatan teknologi kesihatan digital dalam amalan klinikal. Institut ini akan menilai pendekatan baharu dalam rawatan dan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berpotensi untuk dilaksanakan di seluruh rangkaian hospital Kumpulan.

KPJ juga telah menerima pengiktirafan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan, prestasi korporat serta inisiatif kelestariannya. Pada awal tahun ini, sebelas buah hospital KPJ telah disenaraikan dalam Hospital Swasta Terbaik Asia 2026 oleh Newsweek manakala Kumpulan juga telah menerima anugerah Hospital Group of the Year (Malaysia) dan ESG Program of the Year (Malaysia) di Healthcare Asia Awards 2026.

Kumpulan telah merangkul anugerah Malaysia – Best Cash Management Deal daripada Euromoney pada tahun 2026 serta dua pengiktirafan di Anugerah CorporateTreasurer 2026 atas kecemerlangan dalam pengurusan tunai dan kelestarian di seluruh Asia Tenggara. KPJ meraih tiga anugerah di The Edge Billion Ringgit Club 2026 bagi prestasi kewangannya serta satu Anugerah Perak di Asia ESG Positive Impact Awards 2026 atas inisiatif penjagaan kesihatan komuniti yang dijalankannya.

KPJ Healthcare menerima pengiktirafan di The Edge Billion Ringgit Club 2026.

Prestasi pelancongan kesihatan KPJ turut menyumbang kepada kehadirannya dalam pasaran penjagaan kesihatan serantau. Hasil daripada segmen ini meningkat 21% berbanding tahun sebelumnya pada separuh pertama tahun 2026.

Keputusan Brand Finance ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi KPJ Healthcare selari dengan penerusan dalam mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan jenama penjagaan kesihatan terkemuka di ASEAN. Menerusi sistem kesihatan akademik, kepakaran khusus serta jangkauan pesakit di peringkat serantau, Kumpulan melangkah ke fasa seterusnya dengan landasan yang lebih kukuh untuk pertumbuhan jangka panjang.

Untuk maklumat lanjut mengenai KPJ Healthcare, layari https://www.kpjhealth.com.my. 


Kandungan ini disediakan oleh KPJ Healthcare Berhad.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my