GK Bio International terima anugerah Malaysia Book of Records, tekankan kepentingan kesihatan usus kanak-kanak
GK Bio International (GKB) mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan kanak-kanak terbanyak dalam program kesedaran kesihatan usus di Malaysia pada 9 November 2026, di Sunway Pyramid.
Semestinya ia pencapaian yang patut diraikan namun Pengurus Besar GK Bio International, Howard Heng, berkata, apa yang lebih penting adalah kesedaran yang diterapkan pada anak-anak kita tentang kesihatan sistem pencernaan dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan badan secara keseluruhan.
Menurut Heng - semasa meraikan detik pengiktirafan - pentingnya kesedaran tentang kesihatan usus dan sistem pencernaan dipupuk dari awal kerana ia merupakan salah satu tunjang kesihatan secara keseluruhan dan boleh mempengaruhi pembelajaran anak-anak terutamanya jika kerap demam dan tidak ke sekolah.
/file/attachments/889/DSC02654_110692.jpeg)
“Dengan silibus pendidikan yang lebih kompetitif kini, seseorang pelajar akan ketinggalan agak jauh dalam pembelajarannya jika tidak ke sekolah walaupun sehari dua.
“Oleh itu, GKB membawakan aktiviti Zoo Builders di Sunway Pyramid untuk mengajar kanak-kanak tentang apa yang boleh dipelajari daripada haiwan dan alam sekitar dan seterusnya bagaimana kita sebagai manusia memanfaatkan ilmu ini dalam menjaga kesihatan, termasuk menjaga kesihatan usus dan sistem pencernaan untuk kekal sihat dan aktif,” katanya.
/file/attachments/889/Zoo_Builders_Sunway_Pyramid_enhanced_936782.jpg)
Berkongsi dapatan kajian yang telah dijalankan selama lebih 50 tahun oleh makmal penyelidikan GKB dalam menghasilkan suplemen probiotik untuk pasaran umum, Heng menekankan tentang proses memastikan suplemen probiotik GKB benar-benar selamat untuk kanak-kanak, termasuk menjalankan pemerhatian ke atas pengguna selama 720 hari.
“Kami amat berbangga kerana dapat menyumbang kepada kesihatan anak-anak Malaysia dan seterusnya pembelajaran yang lebih efektif di sekolah,” katanya.
Berpaksikan fokus kesihatan usus sebagai langkah penting memelihara kesihatan secara menyeluruh, GKB terus meneroka penyelesaian probiotik berasaskan sains, teknologi penapaian terkini serta ramuan kesihatan yang inovatif bagi menyokong pelbagai keperluan kesejahteraan pada setiap peringkat kehidupan.
Kesihatan Sistem Pencernaan Pengaruhi Kesihatan Anggota Badan Yang Lain
Kesihatan sistem pencernaan bukan sekadar keselesaan perut atau pergerakan usus yang lancar. Sistem pencernaan memainkan peranan penting dalam penyerapan nutrien, imuniti badan serta mengekalkan keseimbangan mikrobiom usus.
Bagaimanapun, dengan gaya hidup masa kini di mana kita sering mengejar masa, kesihatan pencernaan sering diabaikan. Tabiat pemakanan yang tidak teratur, kurang tidur, tekanan mental serta diet yang tidak seimbang boleh menjejaskan kesejahteraan sistem pencernaan dan seterusnya kesihatan anggota badan yang lain.
Pakar nutrisi GKB, Qryztal Lim berkata, amalan pemakanan seimbang penting atas beberapa faktor kesihatan dan bukan untuk mengurangkan berat badan semata-mata.
Menurut beliau, antara kelebihan menjaga pemakanan serta kesihatan usus dan perut termasuk mengurangkan angin dan kembung perut, mengurangkan sakit-sakit sendi serta mengelakkan sembelit, lantas memudahkan seseorang menjalankan aktiviti seharian, termasuk bersukan.
Selain memberi tumpuan kepada kesihatan usus dan sistem pencernaan, GKB juga mengetengahkan pendekatan kesihatan menyeluruh yang merangkumi aspek kesihatan kulit, sendi dan pengurusan berat badan.
/file/attachments/889/GKB_Nutritionist_Qryztal_Lim_separate_885027.jpg)
Kata Lim yang rajin menjalankan aktiviti yoga, pilates dan senamrobik, aktiviti senaman membantunya kekal bertenaga, mengurangkan tekanan emosi dan juga mengawal mood agar lebih stabil.
Bagi beliau, mengekalkan kesihatan usus dan sistem pencernaan amat penting baginya agar dapat terus bersukan dan bersenam.
Walaupun kini bertugas sebagai pakar nutrisi di GKB, Lim berkata, beliau telah lama mengamalkan pengambilan probiotik sejak mengalami masalah radang perut dan gastrik setelah disyorkan oleh pakar kesihatan.
“Saya mengesyorkan untuk mengambil suplemen probiotik khas untuk usus sihat sebagai langkah paling minima menjaga kesihatan jika tidak punyai masa untuk bersenam walaupun itu sebenarnya tabiat terbaik.
“Menjaga kesihatan usus dan sistem pencernaan sepatutnya langkah pertama kerana ia mempengaruhi anggota badan yang lain, termasuk kulit yang sihat dan membantu kurangkan sakit-sakit sendi tubuh badan,” katanya.
Peranan Ibu Bapa Menjaga Kesihatan Sistem Pencernaan Anak-Anak
Sementara itu, bagi ibu bapa yang pentingkan kesihatan keluarga termasuk kesihatan anak-anak, menjaga kesihatan sistem pencernaan merupakan langkah penting bagi merealisasikan matlamat ini.
Bagi Raja Mohd Hafiz yang bertugas sebagai pegawai penguatkuasa di Petaling Jaya, keadaan pekerjaannya dengan waktu yang tidak tetap sedikit sebanyak mempengaruhi kesihatan kerana kurang tidur dan sukar menjaga waktu makan.
Tambah beliau, menjangkau usia 40 tahun menyedarkan dirinya akan kepentingan menjaga kesihatan tubuh badan agar tidak memudaratkan diri di hari tua kelak.
/file/attachments/889/Raja_Mohd_Hafiz_separate_822304.jpg)
Sebagai seorang pengguna probiotik dan suplemen Tiger Milk Mushroom GKB, Raja Hafiz menekankan pentingnya untuk menjaga diri dari penyakit agar kekal cergas untuk aktiviti seharian serta menjalankan kerja, selain perlu menjaga kebajikan isteri dan anak selalu ketua keluarga.
“Saya pernah bekerja di restoran makanan segera dan kurang minum air kosong, namun tersedar saya perlu bertukar cara hidup jika tidak mahu dilanda penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
“Melihat lambakan berita mengenai individu yang belum berusia 40 tahun namun telah mengalami serangan jantung, saya berpendapat rakyat Malaysia - terutamanya kaum Melayu - perlu membudayakan cara hidup yang lebih sihat termasuk mengurangkan minum air manis dan perbanyakkan minum air kosong.
“Saya sedar bahawa pada umur 40 tahun ke atas, seseorang itu lebih mudah diserang pelbagai penyakit dan oleh itu sepatutnya perlu mula menumpukan perhatian kepada kesihatan seawal usia 20-an lagi,” katanya.
Ditanya jika pengambilan probiotik memberi kesan positif kepada kesihatan dirinya dan keluarga, Raja Hafiz menyatakan ia memberi kesan positif kepada anaknya.
“Alhamdulillah, anak saya kurang demam dan cepat baik jika demam.
“Pengambilan suplemen GKB membantu saya rasa lebih segar dan imuniti lebih kuat, di mana saya merasai kesannya bila terkena influenza dan Covid-19 namun pemulihan lebih cepat dari dahulu sebelum mengamalkan suplemen ini,” katanya.
Begitu juga bagi pensyarah universiti tempatan Nadhirah Sakinah, 34, yang mempunyai tiga orang anak masing-masing berumur 1, 5 dan 8 tahun.
Beliau berkata, pengambilan suplemen dan probiotik membantunya kekal sihat.
Katanya, dia juga kini lebih mudah menjalankan kerja hakiki di tempat kerja serta tanggungjawab sebagai seorang ibu dan isteri di rumah.
/file/attachments/889/Nadhirah_Sakinah_separate_465843.jpg)
Apa yang disukai beliau mengenai pengambilan probiotik GKB adalah bagaimana perut rasa lebih selesa dan fungsi badan terasa lebih lancar di samping dapat mengawal pemakanan dan tidak terasa untuk makan manisan dalam kuantiti yang banyak.
Selain itu, tentu sekali ia juga membantu menjaga kesihatan badan secara keseluruhan bagi beliau dan keluarga, terutamanya bagi anak-anak yang umum faham mudah terkena jangkitan.
Bagi Nadhirah, penjagaan kesihatan penting agar terhindar dari penyakit, ahli keluarga sihat dan dapat menikmati hidup secara normal dan sejahtera. Pada pendapat beliau, rakyat Malaysia secara umumnya patut menumpukan perhatian kepada kesihatan masing-masing dan kurangkan pemakanan berlebihan secara tidak terkawal, dan bersetuju pengambilan suplemen dan probiotik dapat membantu dalam hal ini terutama jika sistem pencernaan sihat dan terjaga.
GKB membawakan pendekatan penjagaan kesihatan usus melalui rangkaian probiotiknya yang berasaskan keperluan berbeza, selaras dengan slogan “Probiotik khusus untuk keperluan tertentu.” Sayangi usus anda dengan memahami kepentingan kesihatan pencernaan dan cara menjaganya.
/file/attachments/889/A0105237jpg_621493.jpeg)
/file/attachments/889/COVERPHOTO1000X600-2026-11-11T144338801_420021.png)
