FOSHAN, China, 15 November 2026 - Midea menghimpunkan 25 juruteknik pemasangan penghawa dingin dari lima negara ASEAN menerusi peringkat akhir Midea Club Flash Installation Tournament (MCFIT) 2026 bagi mengiktiraf kemahiran dan kepakaran dalam bidang pemasangan penghawa dingin.

Bertemakan 'Layak Dijulang', edisi kedua pertandingan itu menyaksikan penyertaan finalis dari Malaysia, Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia yang bersaing mempamerkan kemahiran teknikal, ketepatan serta profesionalisme dalam kerja pemasangan.

Selain menjadi medan pertandingan, program itu turut memberi peluang kepada juruteknik berkongsi pengalaman serta menerima pengiktirafan daripada keluarga, rakan sekerja dan komuniti.

Malaysia raih tiga kedudukan teratas

Peringkat akhir pertandingan menguji kepantasan, ketepatan dan ketelitian peserta dalam melaksanakan tugasan pemasangan, dengan wakil Malaysia menduduki ketiga-tiga kedudukan teratas.

ANG TIONG HOCK dinobatkan sebagai juara dan menerima gelaran 'Master of Speed' berserta hadiah wang tunai AS$5,000. NGOH KUAN SIANG menduduki tempat kedua, manakala LUI KHER SZE di tempat ketiga.

Lima finalis dari Malaysia turut menerima 'National Honor Award' serta hadiah wang tunai berjumlah AS$5,000 selepas mencatatkan markah terkumpul tertinggi.

Sepanjang tiga pusingan pertandingan, peserta perlu menyambungkan wayar dan paip, memasang semula panel serta menghantar rekod pemasangan menerusi aplikasi Midea Club. Edisi kedua turut memperkenalkan tugasan penyambungan unit luar yang mencerminkan keperluan kerja pemasangan sebenar, manakala kesilapan dari segi kualiti dikenakan penalti masa. Cabaran itu menguji ketepatan, konsistensi dan ketelitian peserta dalam melaksanakan tugasan, selain kepantasan mereka.

“Walaupun sudah 10 tahun bekerja sebagai juruteknik pemasangan, saya masih memeriksa setiap sambungan sebelum meninggalkan rumah pelanggan. MCFIT memberi saya peluang mewakili negara, belajar daripada rakan sebaya dan menunjukkan kepada orang ramai kemahiran di sebalik kerja kami. Pengiktirafan terhadap kerja harian kami amat bermakna,” kata JHON PAUL M.REGALA dari Filipina.

Pertandingan itu turut memperkenalkan undian awam bagi membolehkan keluarga, rakan dan pelanggan memberikan sokongan kepada juruteknik pilihan mereka. Peserta yang menerima undian tertinggi di setiap negara diberi gelaran 'MCFIT Most Popular Flash Star' dan dijemput menghadiri peringkat akhir pertandingan.

Midea Club sokong pembangunan profesional juruteknik

Pengarah Perkhidmatan Teknikal Midea Residential Air Conditioning, Jacky Huang, berkata pemasangan profesional memainkan peranan penting dalam memastikan pelanggan mendapat keselesaan yang dijanjikan menerusi produk syarikat itu. “Pelanggan mempercayai Midea untuk keselesaan, dan pemasangan profesional ialah titik di mana janji itu menjadi nyata. “Juruteknik pemasangan memainkan peranan penting dalam menyampaikan pengalaman itu. Melalui MCFIT, Midea mengiktiraf kepakaran dan dedikasi juruteknik pemasangan, manakala Midea Club menyediakan sokongan berterusan untuk pembangunan profesional mereka,” katanya.

Midea Club merupakan inisiatif syarikat itu bagi menyokong juruteknik pemasangan penghawa dingin di seluruh dunia menerusi perkhidmatan profesional, pengurusan digital dan pelbagai manfaat.

Inisiatif itu turut bertujuan menghubungkan syarikat dengan juruteknik bagi memperkukuh kerjasama serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan.

Ikuti Midea: Malaysia | Thailand | Indonesia | Vietnam | Filipina


Kandungan ini disediakan oleh BlueVision Interactive Limited.

Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.

Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi
advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my