Semarak Kasih MADANI santuni penduduk Kampung Mesilou, Kundasang
RANAU, SABAH — Program Semarak Kasih MADANI di Kampung Mesilou, Kundasang menghimpunkan pelbagai kegiatan kemasyarakatan, termasuk saringan kesihatan, gotong-royong mengecat Sekolah Agama Rakyat, bengkel tahsin solat dan sukaneka komuniti.
Sepanjang program itu, Senator Dr Zulkifli Hasan turut menziarahi penduduk dari rumah ke rumah untuk menyantuni warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan penduduk yang uzur.
Sekolah, masjid dan surau di sekitar Kundasang turut menerima sumbangan yang merangkumi barangan keperluan asas, wang tunai, kelengkapan pengurusan jenazah dan peralatan masjid.
/file/attachments/890/kesumaPR2_2_365155.jpeg)
Program itu dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Yayasan Taqwa, YaPEIM, Lembaga Tabung Haji, DRB-HICOM dan MRA. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Mufti Negeri Sabah dan JKKK Kampung Mesilou turut memberikan kerjasama dalam pelaksanaannya.
Sumber : Facebook YB Senator Dr. Zulkifli Hasan melalui KESUMA.
Pandangan yang dinyatakan di sini adalah pandangan penulis/penyumbang dan tidak semestinya mewakili pandangan Malaysiakini.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/attachments/890/COVERPHOTO1000X600_498762.png)
