Menjunjung kasih
Diterbitkan: Feb 25, 2017 8:51 PM | Dikemas kini: Feb 25, 2017 8:59 PM
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Surau Menara TM di Kuala Lumpur, semalam.
Berpenampilan santai seperti selalu, baginda berjubah putih dan berkopiah diiringi Mufti Wilayah Persekutan Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki menunaikan rukun Islam kedua bersama lebih 4,000 jemaah lain.
Solat Jumaat itu diimamkan Shah Reza Kamarozaman yang turut menyampaikan khutbah bertajuk Menginsafi Azabnya Neraka.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.