thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Pulang semula ke kota

Setelah bercuti meraikan Syawal bersama keluarga tersayang di kampung halaman, kini tiba masanya untuk pulang semula ke kota.

Tinjauan Malaysiakini mendapati orang ramai mula membanjiri Stesen Kereta Api Alor Setar bagi menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk pulang ke desinasi masing-masing.

Meskipun cuti hujung minggu masih berbaki sehari, orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kota lebih awal khususnya bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sempena Aidilfitri ini, pihak KTMB menawarkan sebanyak 191,000 tiket kepada pengguna ETS yang ingin menggunakan perkhidmatan tersebut sama ada pulang ke kampung halaman mahupun kembali semula ke kota raya.