thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Hari terakhir IGP

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengetuai orkestra polis semasa upacara perpisahannya.

Khalid mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakannya di Pusat Latihan Polis Malaysia (Pulapol) pada 4 September.

Jawatan ketua polis negara sekarang diambil alih oleh bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun.

Khalid memulakan kerjayanya dengan pasukan polis ketika berusia 19 tahun pada tahun 1976 dan pada 17 Mei 2013, anak jati Negeri Sembilan itu diberikan tanggungjawab untuk menerajui pasukan polis negara menggantikan Tan Sri Ismail Omar yang tamat tempoh pelantikan secara kontrak.