thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
'Lan Berambeh Anak Sarawak'

Lan Berambeh Anak Sarawak adalah acara tahunan bagi meraikan anak-anak Sarawak yang berada di semenanjung tiap tahun dan ia kini memasuki tahun ke-10 penganjurannya.

Pada tahun ini, Lan Berambeh Anak Sarawak diadakan pada 7 Oktober lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Selain majlis makan malam yang turut dihadiri oleh pemimpin negeri, termasuk TYT Sarawak dan Ketua Menteri Sarawak, pelbagai program turut diadakan. Antaranya, termasuk ekspo kerjaya, pembinaan kerjaya dan randau bersama menteri dan sebagainya.