Menanti Syawal
Diterbitkan: May 21, 2020 9:00 PM
Sesuai dengan larangan pergerakan merentas negeri oleh kerajaan, sekumpulan 15 wakil penduduk di Kuarters JKR Batu 4 1/5 Jalan Sungai Besi membuat persediaan menyambut 1 Syawal.
Ketika Ramadan berbaki hanya dua malam lagi, mereka memasang lampu minyak tanah - suatu amalan yang sering dilakukan terutama di kampung pada malam-malam terakhir Ramadan - bagi memeriahkan persekitaran petempatan berkenaan.
Gotong-royong itu sedikit sebanyak dapat mengubat rindu mereka pada kampung halaman yang tidak dapat dikunjungi kerana larangan dikenakan kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Susunan lampu itu dipasang di kawasan lapang kuarters berkenaan pada 21 Mei.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.