thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Imbas sebelum masuk

Sebuah salun rambut di Wangsa Walk membuat persediaan kembali operasi selepas kerajaan memberi kebenaran mulai 18 Jun ini.

Mereka antara lain melakukan proses nyah kuman ke atas premis dan peralatan yang akan digunakan nanti. Pengguna pula perlu mengimbas kod QR atau memberikan nama dan nombor telefon serta mencatatkan suhu badan sebelum dibenarkan memasuki premis yang berkenaan. 

Salun kecantikan dan kedai gunting rambut adalah antara perniagaan yang terhenti beroperasi sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Malaysia memulakan fasa PKP Pemulihan mulai 10 Jun selepas kadar jangkitan Covid-19 semakin dapat dikekang. 

Pada masa sama semua aktiviti yang dibenarkan kembali beroperasi masih tertakluk kepada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.