thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Baktimu kami kenang

Selepas mural pertamanya dirosakkan dengan contengan pihak tidak bertanggungjawab, Muhamad Firdaus Nordin, 26 tidak patah semangat untuk terus berkarya.

Terbaru, Muhammad Firdaus tampil dengan siri ketiga mural “Frontliners” yang dipajangkan di Klinik Ajwa Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, klinik yang melaksanakan proses saringan Covid-19 secara pandu lalu.

Menurut Muhammad Firdaus, murah terbarunya itu mengambil masa selama tiga hari untuk disiapkan.

“Setelah dijemput oleh pihak klinik, saya terus bersetuju untuk menyiapkan projek ini kerana lebih yakin karya saya akan selamat memandangkan lokasi ini lebih terbuka dan dilengkapi sistem keselamatan seperti CCTV” katanya.

Siri pertama dan kedua murah Muhammad Firdaus sebelum ini masing-masing di Seksyen U12, Shah Alam dan Kota Damansara.