thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
Solidariti buat mangsa gempa bumi Turkiye

Sukarelawan tempatan dan komuniti Turkiye di Malaysia bersama-sama mengumpul dan menghantar sumbangan di Kedutaan Turkiye di Kuala Lumpur, untuk mangsa gempa bumi di negara itu.

Setakat pagi ini, seramai 20,318 nyawa telah dilaporkan terkorban dengan lebih 80,000 cedera, akibat gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang melanda pada Isnin lalu.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar 106 anggota perubatan termasuk 14 pakar pelbagai bidang dan 12 doktor untuk menyertai misi bantuan kemanusiaan di sana.

Mereka yang ingim memberi sokongan dan menyuarakan solidariti boleh merujuk media sosial Kedutaan Turkiye untuk kemas kini terbaru berhubung bantuan yang diperlukan serta nombor akaun bagi menyalurkan sumbangan.