thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
'Bundle' gantung di tengah Bukit Bintang

Meskipun ada yang beranggapan pakaian, termasuk kasut, terpakai sebagai tidak bernilai dan bermutu rendah, namun anda akan menemui sesuatu yang "berharga" jika pandai memilih.

Sudah 14 tahun berjinak dalam perniagaan 'bundle', Ahmad Tarmizi telah menjual hampir 2,500 pasang kasut berjenama terpakai. Kasutnya datang dari pelbagai negara, termasuk Itali, Korea Selatan dan Australia.

Dia yang berniaga di tengah-tengah segi tiga emas, iaitu Bukit Bintang di Kuala Lumpur, menggunakan konsep unik iaitu dengan menggantung kasut jualannya bagi menarik minat mereka yang melalui kedainya.

Kaedah itu juga menjimatkan ruang dan memudahkan pelanggan memilih kasut-kasut yang ada.