thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
thumbnails
 Back to homepage
mk-logo
KINILENS
66 tahun merdeka

Ribuan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang memenuhi Dataran Putrajaya bagi menyertai sambutan Hari Merdeka ke-66 hari ini.

Enggan melepaskan peluang menyaksikan perarakan, tidak sedikit yang telah berada di sana sejak tengah malam tadi.

Selain perarakan anggota beruniform yang menjadi tumpuan, turut menarik perhatian adalah terbang lintas lima pesawat iaitu tiga helikopter Airbus H225M (EC 725), AgustaWestland AW109 (Agusta A109) dan Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW 139 diiringi lagu Negaraku.

Selain itu, anggota unit Komando 69 PDRM turut melakukan aksi terjun tepat dari ketinggian 4,000 meter.

Bertemakan “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”, sambutan kali ini melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan laut serta 100 haiwan.