Tak pernah puas pancing pemain Southampton?
Mungkinkah Southampton menjadi lubuk untuk Liverpool mendapatkan pemain?
Selepas tiga pemain dari kelab itu dibawa masuk ke Anfield, pengurus pasukan Brendan Rodgers nampaknya belum puas.
Dia mahukan yang keempat pula. Dan keinginannya tercapai hari ini apabila pemain pertahanan The Saints, Nathaniel Clyne menandatangani kontrak jangka panjang dengan Liverpool.
Clyne, 24, menjadi pemain antara pilihan Rodgers untuk mempersiapkan skuad The Reds bagi musim 2015 - 2016.
Clyne membuat 94 penampilan bersama Southampton dalam saingan Liga Perdana sejak berpindah ke situ dari Crystal Palace pada 2012.
Pada Mei lalu Liverpool membuat bidaan £10 juta (RM58.9 juta) untuk mendapatkan Clyne namun ditolak.
Tawaran lebih lumayan - bernilai £12.5 juta (RM73.7 juta) - kemudian dibuat dan tidak ditolak skuad bimbingan Ronald Koeman itu.
The 24-year-old England international defender has penned a long-term contract with the Reds.
pic.twitter.com/4XVPUHxeKy
— Liverpool FC (@LFC)
July 1, 2015
Sebelum ini Clyne pernah dikaitkan dengan Manchester United.
Pemain England itu bakal bermain bersama James Milner, Danny Ings, Adam Bogdan, Joe Gomez dan Roberto Firmino yang berhijrah ke Anfield tahun ini.
Selain Clyne, pemain Southampton yang berjaya dipancing Liverpool dalam tempoh 12 bulan lalu ialah Adam Lallana, Rickie Lambert dan Dejan Lovren.
Lama sebelum itu ramai lagi pemain Southampton yang pernah berkumpul di Anfiled, termasuk Peter Crouch, Jamie Redknapp dan Bruce Grobbelaar.

