MU buat lamaran rasmi untuk Schweinsteiger
Kelab Manchester United (MU) secara rasmi mengemukakan bidaan kepada Bayern Munich untu mendapatkan khidmat pemain tengah juara Bundesliga itu, Bastian Schweinsteiger, lapor media hari ini.
Pemain kebangsaan Jerman itu dilaporkan memang menjadi idaman Pengurus MU, Louis van Gaal sempena musim perpindahan pemain di Eropah.
Pada Mei lalu media melaporkan, MU bersedia menawarkan kontak kepada Schweinsteiger, 30, dengan yuran perpindahan bernilai £10 juta (RM58.3 juta).
Sebelum ini MU sudah membelanjakan £25 juta (RM145.6 juta) bagi mendapatkan bintang Belanda, Memphis Depay.
Hari ini akhbar Jerman, Bild melaporkan MU menawarkan kontak dua tahun buat Schweinsteiger dengan nilai £7.7 juta (RM44.8 juta).
Pendedahan Bild itu dibuat kurang dari 24 jam selepas Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengesahkan Schweinsteiger berasa terharu dengan keinginan ditunjukkan MU.
"Saya tak mahu merahsiakan ini. Dalam perbualan kami nampaknya Schweinsteiger berbangga dengan minat pihak di England," katanya.

