"Saya tidak payah (tidak perlu) menjadi presiden untuk memajukan bola sepak Johor. Saya tidak payah menjadi Royal Patron (penaung diraja) untuk memajukan bola sepak Johor.
"Ini kerana saya mempunyai anda semua untuk memajukan bola sepak Johor," kata Tunku Ismail Sultan Ibrahim ketika berucap di depan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) selepas pasukan itu melakar kemenangan 3-1 ke atas Selangor di Stadium Larkin, malam tadi.
Tengku Mahkota Johor (TMJ) itu turut berikrar bahawa beliau akan sentiasa menyokong pasukan itu.
"Walaupun apa keputusan malam ini, anda semua tetap lagend dalam bola sepak Malaysia," tambah beliau.
TITAH UCAPAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHORIngin saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan selamat...
Posted by JOHOR Southern Tigers on Monday, July 13, 2015
Kenyataan tersebut dimuat naik di akaun Facebook JOHOR Southern Tiger sejurus selepas ucapan itu disampaikan.
Ahad lalu, TMJ mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) secara tiba-tiba walaupun sehari sebelumnya tidak langsung ada bayangan mengenainya.
Jawatan Presiden PBNJ kini diganti Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim.
Tunku Ismail berkata, peletakkan jawatan beliau sebagai Presiden PBNJ bukan bermakna bola sepak negeri itu tidak akan maju lagi.
Sementara itu, pada aksi ke-15 saingan Liga Super malam tadi JDT mendahului Selangor pada minit ke-11 melalui penyerang Amri Yahyah sebelum gol penyamaan Selangor dicatat pada masa tambahan separuh masa pertama melalui Andik Vermansyah.
Bagaimanapun, pemain import Luciano Figueroa meletakkan JDT kembali di depan beberapa detik kemudian.
