Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Couthinho beri tuah kepada Liverpool
Diterbitkan:  Aug 10, 2015 6:46 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

"Saya hampir mengeluarkan Philippe Coutinho (dari padang) sebelum dia meledak gol kemenangan kami," kata Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers.

"Danny Ings sudah bersedia menggantikannya, tetapi Couthinho menjaringkan gol dan menggembirakan saya.

"Couthinho seorang bintang. Dia hanya kembali berlatih selama tiga minggu, jadi tidak berada pada tahap kemuncak," kata Rodgers seperti dilaporkan NewsNow .

The Reds dilihat lebih bernasib baik apabila berhasil menjaringkan gol tunggal pada minit ke-86 itu.

Bagaimanapun, Stoke City ternyata bukanlah lawan yang mudah dan mampu mengancam gawang Liverpool dengan beberapa percubaan menarik, tetapi berjaya dipatahkan penjaga gol, Simon Mignolet.

Ternyata hasrat Liverpool "membayar hutang" kepada peminat mereka tercapai apabila berjaya membalas dendam ke atas Stoke pada perlawanan pertama mereka di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2015/2016, malam tadi.

Kemenangan itu seolah-olah menebus kesilapan mereka ketika tewas 6-1 kepada Stoke pada perlawanan akhir EPL musim lalu.

Keputusan itu meletakkan Liverpool berkongsi tangga keempat liga dengan tiga mata penuh bersama Manchester United dan Aston Villa.

Nasib malang Arsenal

Sementara itu, nasib malang menimpa penyandang Piala FA, Arsenal apabila tewas mengejut 2-0 kepada West Ham.

Walaupun bermain ditempat lawan, West Ham menggunakan sepenuhnya peluang dan menyaksikan Cheikhou Kouyate dan Mauro Zarate menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-43 dan ke-57.

Kesilapan penjaga gol The Gunners, Petr Cech yang membuat penampilan pertama aksi EPL selepas berpindah dari Chelsea memaksa skuad kendalian Arsene Wenger berpuas hati tanpa sebarang mata.

Lihat Komen
ADS