Menang tipis 1-0 ke atas Aston Villa pada perlawanan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah cukup membanggakan Pengurus Manchester United (MU), Louis val Gaal.
Kemenangan kedua berturut-turut itu disifatkan beliau sebagai pencapaian lebih baik berbanding prestasi pada musim lalu.
"Musim lalu kami hanya memiliki satu mata daripada dua perlawanan dan sekarang enam. Pastinya saya sangat gembira," kata van Gaal.
Pada awal musim lalu The Red Devils kalah dalam pertemuan pertama dengan Swansea sebelum seri pula dengan Sunderland.
Val Gaal berkata, bagaimanapun pasukannya dilihat belum menunjukkan tahap prestasi terbaik berdasarkan jaringan gol mampu dijaringkan.
"Perjalanan masih panjang. Kita tidak boleh melihat perlawanan awal hanya dalam tempoh empat minggu.
"Kita perlukan lebih banyak perlawanan untuk mendapatkan rentak persembahan terbaik, saya fikit kami mampu buktikan," katanya.
Mengulas menegenai jadual perlawanan yang diawalkan sehari oleh pihak pengurusan penganjur, van Gaal berkata, beliau tiada sebarang halangan.
"Jumaat adalah hari terakhir bekerja. Keadaannya malam yang baik. Walaupun sesak, saya suka suasana pertandingan malam Jumaat," katanya.
Jadual tersebut dipinda berikutan permintaan pihak polis West Mindlans susulan berlangsungnya protes jalanan dianjurkan kumpulan English Defence League di Walsall, hari ini.
Pada perlawanan di Stadium Villa Park awal pagi tadi, MU mencipta jaringan melalui Adnan Janujaz pada minit ke-29 hasil umpanan Juan Mata.
Kemenangan itu melengkapkan rekod 20 kali MU menewaskan Aston Villa di stadium tersebut.
