Bagai luka yang ditabur garam - mungkin itu dirasakan Jose Mourinho selepas melalui perlawanan pertamanya tanpa Eva Carneiro di Stadium City of Manchester malam tadi.

Sudahlah kalah, peminat bola sepak beramai-ramai mempersenda Mourinho yang menghukum pegawai perubatan Chelsea itu kerana memasuki padang - demi merawat pemain The Blues, Eden Hazard - dI penghujung perlawanan.

Tindakan Eva ( gambar ) dan pembantunya Jon Fearn merawat Hazard menyebabkan Mourinho bengang kerana ketika itu kedudukan Chelsea - Swansea terikat 2 -2.

Kecewa dimarahi, Eva memang ada memberikan tindak balas melalui Twitter, mendorong Mourinho mengetepikan Eva dan Fearn daripada skuad berkenaan.

Selepas dua perlawanan Chelsea hanya mengumpul satu mata apabila kalah 0 - 3 kepada Manchester City dalam 'perlawanan berdarah' malam tadi.

Eva be like... pic.twitter.com/b1YmQfLY4N

— GeniusFootball (@GeniusFootball) August 16, 2015

Ada dua pemain Chelsea yang cedera ketika perlawanan berlangsung, iaitu Diego Costa dan Gary Cahill. Malah ketua pasukan mereka dikeluarkan selepas beraksi di separuh masa pertama - dipercayai juga kerana cedera.

When Jose Mourinho don't wanna come out of the dressing room... https://t.co/79kgnVlkKq

— Transfer Sources (@TransferSources) August 16, 2015

What's the difference between Chelsea and the Bermuda Triangle? The Bermuda Triangle has three points. pic.twitter.com/yYOJHt4H7M

— José The Joker (@JoseZeJoker) August 16, 2015

Looking for Chelsea fans on Twitter like.... pic.twitter.com/oVOIE9dHdq

— Tris Morris (@bigstraps) August 16, 2015

Darah keluar dengan banyak dari hidung Cahill apabila terkena tumbukan penjaga gol pasukannya, Asmir Begovic, yang ingin mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Costa pula berlaga kepala dengan siku Fernandinho.

Tempat Eva dan Fearn kini diisi Chris Hughes serta Steven Hughes yang cuba sedaya upaya menangani kecederaan pemain The Blues .

Situasi itu dilihat membuka peluang kepada penyokong mempersenda Mourinho.

DI stadium, salah seorang penyokong City tampil berpakaian seperti doktor untuk menyindir The Special One itu manakala media sosial menjadi tempat paling popular untuk orang ramai mempersenda pengurus yang memiliki karekter tersendiri itu.