The Rock lawan Triple H tahun depan?
Laungan keramat “ If you smell what The Rock is cooking! ” sememangnya mengamit reaksi bagaikan histeria peminat Dwayne "The Rock" Johnson setiap kali ia dilaungkan.
Bintang gusti yang kini menjadi hero layar perak itu dikhabarkan bakal kembali ke arena WWE untuk acara utama WrestleMania 32 tahun depan.
Jika ia menjadi kenyataan kerinduan peminat kepada ekspresi unik wajahnya serta gerakan kening dan renungan mata akan terubat.
Dilaporkan melalui akuan twitter miliknya, The Rock bakal menceburi projek baru hasil kerjasama dengan jenama global.
"Minggu ini kami akan mengumumkan pelancaran kempen baru hasil kerjasama antara dua jenama global. Dan saya turut diberi peluang untuk melancarkannya," kata The Rock.
Tidak pasti sama ada ia merujuk kepada kepulangan beliau ke WWE atau projek lain.
Difahamkan pemilik WWE, Vince McMahon memilih untuk meletakkan The Rock bertarung menentang Triple H sebagai acara kemuncak WrestleMania 32.
Kedua-dua mereka adalah watak terpenting dalam WWE dan sering bersaing sesama sendiri merebut Kejuaraan Heavyweight Dunia antara akhir lewat 1990-an hingga beberapa tahun kemudian.
A photo posted by therock (@therock) on
Dari perspektif nostalgia, perlawanan berkenaan - jika menjadi kenyataan - akan menghasilkan persembahan terbaik dalam WWE kerana mereka adalah dua bintang terbesar gusti hiburan profesional.
Sekiranya perlawanan itu benar, ia juga bakal melenyapkan spekulasi mengaitkan perlawanan antara The Rock menentang Brock Lesnar.
Memang tiada laporan rasmi daripada WWE untuk mengesahkan kemunculan semula The Rock, namun status terbaru Twitter WWE Shop mencetuskan keghairahan peminat.
Status WWE Shop itu adalah gambar memaparkan patung The Rock yang sebelum ini diletakkan dalam kategori "Alumni" menjadi "Superstar Semasa".
The Rock's profile on WWE Shop is being moved from the Alumni section to the Current Superstars section.
— WWE Shop Updates (@WShopUpdates) September 29, 2015

