Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sekilas fakta EPL hari ini
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 11:10 AM
Dikemaskini: 6:06 AM

Harapan Liverpool

Liverpool dilaporkan kian hampir dapat mengikat Jurgen Klopp bagi menggantikan Brendan Rodgers yang dipecat Ahad lalu.

Sumber memberitahu media di England, kelab itu berharap pengumuman mengenai kedatangan Klopp dapat dibuat menjelang Jumaat ini.

Ancelotti 'sudah sedia'

Carlo Ancelotti berkata dia bersedia kembali diberikan tanggungjawab mengemudi mana-mana pasukan yang berhajat mendapatkan kepakarannya.

Namun di sebalik pengumuman itu Ancelotti membayangkan dia hanya akan kembali ke gelanggang persaingan secara langsung mulai musim depan.

Semuanya kerana Mourinho

Tokoh bereputasi tinggi dan pernah mengemudi Real Madrid itu adalah salah seorang nama yang dikaitkan dengan Liverpool

Fabio Capello berkata kegawatan melanda Chelsea musim ini membuktikan Jose Mourinho 'memeras keringat' pemainnya habis-habisan dan tidak membuat persediaan sewajarnya.

[Berita lanjut di sini]

Bekas pengurus kebangsaan England itu berkata, apa yang dilihatnya di Stamford Bridge seakan-akan membenarkan apa yang didengarnya dari bilik persalinan Real Madrid sebelum ini.

Mourinho adalah pengurus Real Madrid sebelum kembali ke Stamford Bridge sekali lagi.

Disebabkan kaedah itu, kata Capello, pemain yang beraksi di bawah Mourinho hanya mampu menyinar selama setahun - atau maksimim dua tahun.

Klopp pasti disukai peminat

Dietmar Hamann percaya Jurgen Klopp akan menjadi pengurus kesayangan peminat Liverpool jika dia dilantik mengemudi The Reds.

Di Liverpool, kata Hamann, penerimaan peminat sangat penting kepada seseorang pengurus untuk benar-benar berjaya.

Pada Klopp, Hamann percaya peminat akan menyambut baik bekas pemain Jerman itu "sejak hari pertama" dia bertugas.

"Klopp akan berinteraksi dengan penyokong, akan cuba menjadi sebahagian daripada mereka dan itu antara syarat untuk perkongsian yang berjaya," katanya.

Hamann adalah pemain tengah Liverpool antara 1999 hingga 2006.

Redknapp tak minat

Pengurus yang membawa reputasi penyelamat kepada kelab yang diancam penyingkiran, Harry Redknapp memberitahu dia tidak berminat jika ditawarkan jawatan pengurus Sunderland.

"Saya tidak fikir Sam Allardyce juga berminat," katanya.

Bekas pengurus Tottenham Hotspur dan West Ham itu kini menganggur sejak melepaskan jawatannya daripada kelab Queen Park Rangers Februari lalu.

Sumber memberitahu Allardyce adalah antara nama yang diberi perhatian oleh pengurusan Sunderland, selain pengurus Burnley, Sean Dyche.

Sunderland yang kini diletakkan di bawah jagaan Dick Advocaat sedang berada di tangga ke-19 daripada 20 kelab EPL.

Pasukan tercorot setakat ini ialah Newcastle.

Me the next Sunderland boss? No chance! They were horrendous at Bournemouth. #SAFC http://t.co/mbHdW9BGJ4

— Harry Redknapp (@Redknapp) October 6, 2015

Lihat Komen
ADS