Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Sekilas fakta Bundesliga hari ini
Diterbitkan:  Oct 7, 2015 1:32 PM
Dikemaskini: 5:42 AM

Menanti kata putus Guardiola

Presiden Kehormat Bayern Munich, Franz Beckenbauer, menggesa Pep Guardiola tidak bermain teka-teki mengenai masa depannya di kelab gergasi itu.

Kontrak Guardiola bakal berakhir pada musim panas depan tetapi dia masih enggan menyatakan pendiriannya sama ada mahu kekal di Allianz Arena atau sebaliknya memilih haluan baru.

Sikap berdiam diri Guardiola juga merimaskan pengerusi kelab itu, Karl-Heinz Rummenigge.

Hujung minggu lalu Rummenigge memberitahu dia mengharapkan Guardiola memberi kata putus sebelum hujung tahun ini.

Muller kini uzur

Legenda Jerman Barat dan Bayern Munich, Gerd Muller kini menghidap penyakit Alzheimer.

Kenyataan dikeluarkan kelab itu hari ini mendedahkan, Muller menderita penyakit berkenaan "sejak lama dulu" dan sedang dijaga secara profesional dengan sokongan keluarga.

Rawatan itu, kata Bayern Munich, diberikan sejak Februari lalu.

Isteri Muller, Uschi, meminta orang ramai dan peminat memahami keadaan yang dialami mereka dan enggan menerima sebarang lawatan sempena ulang tahun kelahiran ke-70 beliau pada 3 November ini.

Pemain berkemahiran tinggi itu dikenali sebagai "Der Bomber" dan menjaringkan 533 gol dalam 585 perlawanan untuk Bayern Munich antara 1964 hingga and 1979.

Muller juga membantu kelab itu menjuarai Bundesliga sebanyak empat kali, empat Juara Jerman dan tiga Piala Eropah.

Monchengladbach 'gelabah' cari pengurus

Borussia Monchengladbach berharap mereka dapat membawa jurulatih Austria, Marcel Koller untuk menjadi pengurus baru kelab itu.

Laporan media di Switzerland menyatakan, Koller, 54, menarik perhatian pengurusan Monchengladbach selepas berjaya membawa Austria ke pusingan akhir Piala Eropah dengan menjadi juara kumpulan mengatasi Russia dan Sweden.

Kini menduduki tempat ke-13 Bundesliga, Monchengladbach terdesak menjadi pengemudi baru selepas pengurusnya, Lucien Favre meletak jawatan secara mengejut bulan lalu.

Akhbar Switzerland, Blick, mendakwa perbincangan sudah diadakan dengan pengarah Monchengladbach, Max Eberl.

Lihat Komen
ADS